Tuesday, December 14, 2010

Rib Eye Berdarah.

Selama ini aku minta well done, entah kenapa hari ini gatal mulut nak try 'medium done', ini semua gara-gara menonton filem Legion (ya, that crappy film) di mana ada satu adegan yang menunjukkan seorang nenek tua yang kerasukan malaikat (filem ini malaikat memainkan peranan antagonis apabila dihantar oleh Tuhan untuk bunuh manusia) makan sepinggan steak yang masih bloody. Entah kenapa aku nampak steak yang dia makan nampak sedap walaupun dalam adegan itu steaknya dihurung lalat. Tapi steak yang bloody tu atau digelar 'rare' atau 'blue' tidak tergamaklah pulak aku menelannya. So aku cuba untuk try medium done.

Kedua, aku semenjak bercuti ni secara konsistennya menonton Top Chef dan Master Chef, aku termakan hasutan visual steak yang dimasak oleh para chef ni yang rata-ratanya half cook, atau medium done dengan mudahnya nafsu makan aku mula mencabar aku untuk mencuba steak yang sebegitu.

Oleh itu, untuk makan malam tadi aku ajak Ali cari western food kat Ipoh, cari punya cari aku berhenti di sebuah restoran di kawasan Green Town Mall, satu restoran yang ada cop HALAL di hadapan cerminnya, kami berhenti di situ.

Ali memilih ayam, chicken Chop, manakala aku memilih daging rib eye. si amoi waitress bertanya samada aku mahu medium atau well done aku pilih dengan yakin 'medium'.

Dan nah! sampai sahaja steaknya, aku rasa yang dia hantar kat aku bukan medium done, bukan half cook, tapi rare, bloody, dalamnya masih mentah. hampir-hampir sama sahaja seperti yang di dalam filem Legion.Damn. Aku terasa seperti aku pengamal diet neandertal pula. Boleh jatuh hukum ni makan mentah darah-darah macam ni.hahaha.

Aku tak tahu samada aku yang tak boleh makan steak begitu ataupun chef yang masaknya telah salah masak. Yang pasti steak tadi itu aku tidak lalu makan. Lagipun amoi tadi dia tanya aku samada hendak medium atau well done, yang well done dah pastinya well done, dimasak sempurna tapi yang medium ni, medium apa? medium done ke? medium rare ke?ke sama je istilah dua-dua tu. Tapi aku rasa steak yang dia hantar ke aku tu rare takpun blue rare...hahahahaha

kau keliru aku pun keliru, patutnya aku suruh je Chef WTF tu masak balik. Moral of the story, pilih well done lain kali.

Wednesday, December 8, 2010

Teralejik Belangkas

Sekarang ini aku di dalam mode vakasi. Mode paling aku nanti-nanti setelah hampir setahun terbeban dengan pelbagai kerenyahan akademia mengkaji sinema yang menuntut fokus like hell yang tidak berbelah bagi. Tapi ya, sekarang sudah bebas dan (setidak-tidaknya untuk beberapa minggu lagi sebelum mula memikirkan tentang kerjaya [baca:duit] pula). Buat masa ini, aku tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Mahu menikmati masa yang terluang ini dengan spirit yang sangat bebas.

Antara perkara yang paling aku tidak sabar hendak lakukan adalah jalan-jalan cari makan. Menjengah tempat orang dan merasa makanan mereka. Apapun seperti biasa, percutian jalan-jalan cari makan ini akan dilakukan dengan skala bajet rendah. Dan peluang itu tiba 4 hari yang lepas apabila si Cinta mengajak aku ke Johor.

Destinasi pertama aku adalah Kota Tinggi, Pergi kesana secara eksidental apabila Cinta menerima panggilan pulang yang tersangat urgent dari familinya dan seterusnya meminta aku menghantarnya ke sana. Aku Ok sahaja. Sedangkan lautan api pun sanggup direnangi, inikan pula Kota Tinggi…

Di pendekkan cerita, hal famili Cinta walaupun pada awalnya kedengaran macam fuckin’ terrible gila babi but thanks Tuhan ianya hanya salah faham dan diselesaikan pula dengan beberapa effort yang kelakar.

Setelah masalah menjadi bukan lagi masalah, aku mula menjerit di Facebook kepada rakan-rakan warga Johor, bertanyakan port makan yang best di kawasan JB dan Kota Tinggi. Rata-ratanya mengsyorkan aku supaya mencuba makanan laut di pelbagai restoran di JB yang sedap bagi mereka. Tetapi entah kenapa aku tidak begitu fancy dengan makanan laut waktu itu, bagi aku, setakat udang, ketam, kekerang, ikan aku boleh dapat dengan mudah di KL. Namun tak berapa ketika, aku dapat teks dari seorang rakan meminta aku untuk mencuba masakan telur BELANGKAS yang terkenal di Kota Tinggi.

Dan hell yeah! Itu dia! Benda alah itu memang aku tidak pernah rasa dan diantara senarai makanan buruan aku selama ini. Lalu dengan menggunakan kaedah mencari lokasi paling klasik iaitu bertanyakan jalan kepada penduduk lokal di Kota Tinggi, aku mendapat koordinat tepat lokasi restoran yang menyediakan juada belangkas tersebut.

Tanpa melengah aku bersama-sama dengan Cinta bertolak ke pekan Kota Tinggi. Land marknya stesen minyak BHP dan berhadapan dengan kedai bot. Kedudukan restoran itu benar-benar di tepi jalan namun ya Rabbi, kalau tak mencari dengan teliti memang tak akan perasan kerana laluannya agak tersorok dan kedudukannya yang teralienasi dari deretan kedai-kedai batu di kawasan sekitarnya.

Aku dengan Cinta memasuki kedai, dan selama dua minit kami agak terbangak-bangak untuk memahami apakah sistem layanan pelangan yang dipraktiskan di kedai tersebut, samada layan diri ataupun memesan makanan di meja. Setelah minit ke tiga barulah kami faham bahawa kedai tersebut menggunakan sistem separa layan diri iaitu mengambil sendiri nasi dan lauk di kaunter makanan dan kemudiannya pelayan akan datang ambil pesanan air di meja.

Namun masalahnya, di meja tersebut tiada binatang prasejarah yang dikata-katakan itu. So mana belangkasnya? Lauk pauk yang disediakan juga amat minimal kalau tidak silap aku hanya beberapa jenis sayur, dua ke tiga jenis kuah atau gulai dan ulam-ulaman. Aku bertanyakan kepada Mamat yang menyenduk nasi, Mamat itu tanya balik kepada aku

Berapa orang makan?”

sorang”

Jawab aku setelah aku melihat Cinta di sebelah aku menggeleng-gelengkan kepala tanda dia tidak mahu mengambil risiko makan haiwan pelik tersebut. Mamat itu kemudiannya memberitahu pesanan aku kepada seorang mak cik di dapur dan menyuruh aku duduk. Aku membawa pinggan nasi kosong aku ke meja dan menunggu belangkas aku.

Hampir 5 minit menunggu, mak cik di dapur itu menghulurkan aku sepinggan makanan yang berisi 5 keping potongan cengkerang keras yang dimasak asam pedas kering. Aku membelek-belek makanan tersebut dengan sudu. Kengerian mula menjalar melihat bahagian kepingan kulit keras tidak mempunyai isi yang berkaki seperti lipas dan kumbang. Cinta melihat makanan tersebut dengan pandangan yang lebih hell.

Aku memberanikan diri mencubit ketulan-ketulan kecil berwarna kuning yang tersorok di celahan kulit-kulit keras belangkas tersebut dan memasukkan ke dalam mulut. Ketulan kecil itu adalah telur belangkas tersebut, rasanya…rasanya…damn! aku sendiri pun tak tahu nak gambarkan…ianya tidak mempunyai rasa seperti telur udang ataupun telur ikan… tawar tapi berlemak… Asam pedas kering yang menjadi kuahnya pula tidaklah wow bagi aku. Biasa-biasa sahaja, nak kata sedap pun tidak, tak sedap pun hampir-hampir ya…lebih belacan, dan pemilihan kuah asam pedas itu mungkin menjadi ejen untuk menghilangkan rasa hanyir atau memberi rasa kepada telur belangkas yang tawar dan tiada rasa itu…

Isinya… belangkas mana ada isi derr… walaupun rupanya seperti ketam, tapi percayalah, ianya tidak berisi seperti ketam… entah, mungkin aku lebih rasa geli dan mungkin juga aku ralat sebab ianya tidak seperti yang aku gambarkan. Walau bagaimanapun, aku habiskan juga telur-telur belangkas yang ada di pinggan tersebut. Iyalah, aku hanya makan nasi dan belangkas bersama sepinggan kupang, yang aku pesan kemudian setelah melihat betapa miskinnya isi belangkas yang aku pesan itu. Pelanggan-pelanggan di sebelah, sebaliknya, aku lihat begitu menikmati juadah belangkas masing-masing sampai ada diantara mereka yang menghisap-hisap kulit belangkas yang berwarna hijau gelap itu….Erk…damn !!!!!

Restoran tersebut bukan sahaja menjual belangkas tetapi mempunyai satu lagi masakan istimewa iaitu kari kepala ikan Mayong. Ya, another horrible ugly makhluk. Bagi yang tak kenal rupa belangkas dan ikan mayong sila google.

Aku balik ke rumah Cinta dengan rasa kecewa dan hampa tetapi puas hati kerana akhirnya aku dapat juga merasa masakan belangkas yang dikata-kata sedap itu. Mungkin bagi orang yang menggemari dan sudah biasa dengan masakan belangkas, ianya merupakan satu juadah yang istimewa. Tetapi tidak bagi aku. Sumpah aku tidak makan lagi benda alah itu. Bagi aku biarlah binatang prasejarah itu berenang bebas di pantai tanpa ada makhluk yang menangkapnya untuk dibuat asam pedas kering.

P/S- Dua jam selepas makan belangkas ini, aku terpaksa ke klinik kerana badan dan rongga E.N.T aku gatal teruk. Bibir aku bengkak dan gatal serta pedih.Yes…aku alerjik dengan belangkas ini rupanya. Alerjik tersebut agak kritikal kerana ia trigger athma aku sampai susah hendak bernafas.

Mujur cepat pergi ke klinik. Dapat satu liang injek kat bawah pinggang. So harga makan belangkas itu RM6 sepinggan + Injek dan Ubat RM29 = RM 35. Memang sumpah aku tak sentuh lagi belangkas lepas ni. Bagi korang yang nak merasa binatang ini, aku syorkan supaya jangan, tapi kalau korang nak juga makan…go on





Friday, August 20, 2010

Jurnal makanan hari ini

Hari ini aku mengketedarah makanan yang simple tapi sihat. Sup ayam 4 herba, sayur Pak Choi sos tiram, sambal belacan (ini wajib) dan nasi putih.

Sayur Pak Choi sos tiram sangat mudah disediakan. Sayur Pak Choi itu tidak dipotong, cuma potong di bahagian bawahnya sahaja untuk memisahkan helaian daunnya. Helaian sayur itu dicelur di dalam rebusan air yang dicampur dengan sedikit garam dan kicap cair. Celur lebih kurang, jangan terlalu masak, angkat guna penyepit, toskan airnya dan susunkan helaian daun itu di atas pinggan. Selepas itu tuang kan sos tiram di atas sayur yang telah dicelur tadi.

Ini sebab aku malas. Kalau aku rajin sikit biasanya aku akan tumiskan dulu 3 ulas bawang putih di dalam kuali dengan sedikit minyak, selepas naik bau aku tuangkan sos tiram, dan kemudian campurkan sedikit air dan tepung jagung bagi kasi pekat. Masak untuk seminit dan dua dan curahkan sos tadi mengikut kreativiti di atas sayur yang dah dimasak.

Menu kedua ialah sup herba cina iaitu Sup ayam 4 herba (ada banyak jenis sup herba), aku cuma beli peket rempah yang dah siap dipeket, kat Shah Alam ni susah nak jumpa kedai sing seh. Kalau tidak, aku biasanya akan pergi ke kedai sing seh dan mintak dia herba untuk buat sup ni. Cara masaknya adalah masukkan kesemua herba tadi ke dalam 3 liter air yang sudah mendidih. Biarkan 3 hingga 5 minit, barulah masukkan ayam, ayam yang aku masak tadi di dalam anggaran 1 kilo. Kecilkan api dan biarkan ianya merenih sehingga daging empuk. Aku masak selama 4 jam ayam ni dengan api kecil. Memang mulanya nampak macam terlebih air, tapi bila lama-lama akan tersejat airnya. Sup ini aku campurkan dengan satu sudu garam, dan sedikit sos tiram.

Sup ini kena makan panas-panas, bila dah sejuk, rasanya agak pahit. Khasiatnya adalah untuk penghadaman (metabolisme). Betul atau tidak aku tidak tahu tapi aku memang layan sup ni. Sup ini dibuat adalah semata-mata untuk supnya, ayam hanya untuk menyedapkan sup tersebut. Lagi bagus kalau ianya ayam kampung. Kurang lemak, dagingnya lebih manis.

Menu di atas aku makan dengan nasi putih untuk berbuka. Diiringi sambal belacan. Makanan sihat memang tidak sedap. Tapi itulah galang gantinya, ubat kalau sedap bukanlah ubat.


Thursday, August 19, 2010

Kenangan bersama Haji Baim bundle.


Bagi mereka yang menempuhi masa remaja dan muda pada lewat 80an dan awal 90an di Parit dan kawasan berhampirannya seperti Belanja, Layang Kiri, Layang Kanan... nama Haji Baim adalah satu nama yang tidak asing bagi mereka yang terjebak dengan fenomena Rock. Ini bukan disebabkan Haji Baim mempunyai studio jamming seperti Pak Syed Yusof Jamalullail (SYJ) tetapi disebabkan dia adalah tauke kedai bundle yang mashor dimana kedainya terletak betul-betul di tengah-tengah pekan Parit*.

Kedai bundle haji Baim mempunyai stok pakaian yang gila babi punya banyak. Aku masih ingat terdapat berlonggok-longgok jeans yang membukit** di dalam kedai tersebut. Kedai bundle itu besarnya seperti bangunan rumah kedai dua tingkat dimana di bahagian atas kedai dijadikan stor simpanan stok bundle yang belum dibuka. Mat rock kangkang kampung di sekitar Parit akan berkunjung ke kedai ini untuk mendapatkan jeans-jeans bundle yang berkualiti dengan harga yang murah (tidak seperti sekarang ini dimana ada pekedai bundle yang menjual jeans sehingga mencecah rm500 ringgit). Selain mat rock atau minah rock kampung, kedai ini juga menjadi tumpuan warga proletar Parit yang ingin membeli pakaian second hand yang berkualiti serta mampu dibeli. Terdapat pelbagai pakaian yang ditawarkan di kedai bundle Haji Baim ini iaitu dari pakaian lelaki, perempuan dan kanak-kanak serta macam jaket dan topi.

Dipendekkan cerita, dari bisnes bundle inilah Haji Baim mendapat nama jolokan Haji Baim Bundle. Mungkin aku sambung kisah kedai bundle Haji Baim ini di lain entri sebab tujuan entri kali ini adalah mahu menceritakan kisah Haji Baim yang bersifat lebih peribadi...

Bagi aku, Haji Baim adalah seorang tua yang cool... Dia cool sebab dia tidak kisah untuk ke dapur. Bagi Haji Baim,kerja memasak bukan kerja orang perempuan sahaja.Dia seorang patriak yang boleh berkompromi dengan perkara-perkara 'big no-no' kaum lelaki pada zamannya (soal ke dapur itu). Di waktu orang-orang tua kawasan Parlimen Parit seumurnya memilih nasi lemak, nasi putih berlauk ikan masin minyak, atau ubi kayu, Haji Baim memilih roti Sunshine bakar(jenama ini dah tidak jumpa di pasaran) yang disapu jem apricot, strawberry atau oren sebagai sarapan pagi. Waktu malam, Hajah Zawiyah wajib membancuh segelas susu Everyday hangat untuknya.

Pemilihan makanan yang kebaratan sebegini mungkin dipengaruhi persekitaran tempatnya bekerja mencari rezeki sewaktu muda dahulu iaitu di Singapura. Karier asal Haji Baim adalah sebagai seorang warder di penjara Changi dan bekerja dengan kerajaan orang putih disana (masa itu Singapura dan Malaya belum merdeka). Mungkin persekitaran moden Singapura telah mempengaruhi corak diet Haji Baim.

Haji Baim juga tidak lokek atau kedekut bila tiba bab makan (bab lain aku tak tahu). Dia gemar makan dan gemarkan makanan. Makanan kegemarannya pelbagai dari sefancy roti aiskrim yang dijual oleh Bhai aiskrim (roti aiskrim pertama dalam hidup aku dibeli olehnya) sehinggalah seeksotik sup kuda lumba. Sup kuda yang pertama kali aku rasa adalah sewaktu berbuka puasa dengannya kira-kira 17 tahun dahulu.

Aku sebenarnya tidak berapa rapat dan mesra dengan Haji Baim. Realitinya aku rasa Haji Baim tidak begitu ambil pot pasal aku. Kebanyakan masa bersamanya digunakan untuk mengutuk dan downkan aku. 'Bodoh' sudah menjadi nama timangan manja Haji Baim untuk aku. Aku tidak tahu kenapa dia bersikap begitu namun, sebagai kanak-kanak, aku tidak ambil pot langsung terhadap kutukan-kutukannya.

Ini adalah satu misteri. Kenapa dan mengapa dia tidak begitu sukakan aku susah untuk dijelaskan. Mungkin sebab aku bukan budak yang comel atau aku agak nakal atau memang dia memang tidak begitu sukakan aku disebabkan sebab yang tidak jelas. Contohnya kadangkala kita sendiri tidak tahu kenapa kita tidak begitu sukakan seseorang itu...yang pastinya kita tidak suka padanya disebabkan mungkin sebab rupa fizikal atau faktor-faktor lain.

Tetapi tidak pada adik aku, dia memang sangat sayangkan adik aku dan beberapa orang sepupu aku yang lain. Budak-budak itu sering dipujinya. Kalau pergi ke kedai bundlenya hampir confirm akan dapat topi atau jeans untuk dibawa balik. Kalau aku bukan nak kata dioffer, kalau aku mintak pun belum tentu dapat. Silap-silap kena maki.

Ada satu peristiwa yang tidak boleh aku lupakan adalah sewaktu dia meminta aku untuk membeli belacan. Pak Baim adalah pakar membuat sambal bachang. Sambal bachang ni adalah sambal belacan yang dicampur dengan buah bachang (atau kuinin). Ini adalah sambal bachang yang terpaling sedap di dunia yang aku tidak akan dapat makan lagi. Dia telah memberikan aku duit sebanyak 50 sen untuk aku beli belacan.

Aku terus ke kedai Ah Bee membeli belacan yang dipesannya dengan harga 40 sen (kalau tidak silap) dan mendapat baki 10sen dan terus pulang kerumah. Sewaktu aku sampai di rumah, Haji Baim telah menunggu di meja makan, dia sedang menumbuk cili menggunakan lesung batu, aku menghampirinya dan memberikan belacan yang aku beli bersama duit baki yang berjumlah 10 sen. Dia pandang muka aku kehairanan:

" Baki 10 sen ni pun kamu bagi balik kat aku"

Aku terdiam. Aku tidak tahu kenapa dia tanya begitu pada aku. Haji Baim menggeleng-geleng kepala sambil menumbuk sambal.

"Ini kalau Adli (adik aku) dia dah beli cekelat dah ni... Kau ni jangan jujur sangat, kalau jujur sangat nanti senang kena tipu."

Dia menumbuk sambal.Tidak berapa lama dia sambung kembali ayatnya...

" Kena pandai cari untung jugak, 10 sen ni patutnya kau ambil...kira upah kau...tengok macam Adli tu, pandai dia nak buat untung....tak payah lah kau pulangkan balik kat aku 10 sen ni... Ee bodoh betul..."

Itu lebih kurang ayat dia. Itu sebenarnya satu nasihat yang agak tidak bermoral dan beretika tetapi bila aku dewasa sekarang ini, di zaman anjing makan anjing begini,nasihat itu adalah satu nasihat paling 'cool' dari seorang tua untuk dijadikan pedoman. Aku secara peribadi terfikir akan rasional disebalik nasihatnya itu.

Selain sambal bachang yang terpaling sedap di dunia itu, ada satu lagi kenangan aku dan Haji Baim yang tidak dapat aku lupakan. Aku dan adik aku Adli kelaparan di rumahnya, pada masa itu Hajah Zawiyah tiada dirumah, aku tidak ingat kenapa dia tiada di rumah pada waktu itu, mungkin ikut rombongan marhaban ke kenduri. Haji Baim telah masakkan satu masakan yang sehingga ke hari ini aku tidak dapat lupakan.

Masakan itu adalah Maggie Kari... ya cuma maggi kari... tetapi itu adalah maggi kari yang terpaling sedap tahap kosmos pernah aku makan. Aku dan Adli berpeluang menemani Haji Baim memasak maggi tersebut, aku pada waktu itu berumur di lingkungan 11 tahun masih ingat setiap apa yang diletakkan di dalam maggie itu, iaitu bawang besar dan cili hidup yang ditumbuk (dengan menggunakan lesung) dan ditumis di dalam periuk, sehingga naik baunya barulah dituangkan air, kemudian dia masukkan 3 bungkus maggi, sayur sawi dan telur.

Di sini ada satu momen yang agak menarik iaitu apabila dia taruh kesemua ketiga-tiga perencah maggi tersebut ke dalam periuk. Ianya merupakan sesuatu yang berdosa bagi konteks penyediaan makanan famili aku. Ini adalah disebabkan urban legend yang mengaitkan perencah maggi dengan kebotakan kepala dan kanser. Biasanya mak aku akan taruh setengah sahaja dari isi kandungan perencah maggi tersebut manakala salah seorang makcik aku yang bekerja sebagai seorang aktivis Alam Sekitar dan Pengguna di Pulau Pinang memang membantah pemakanan tidak sihat ini... Tetapi sebagai seorang tua yang 'cool' Haji Baim menjawab sambil mengacau meggi di dalam periuk.

" Jangan ikut sangat dia orang tu...Maggi buat perencah ni nak bagi sedap, kalau tak taruh semua tak sedap lah...kalau tak sedap, baik tak payah makan" ( ayat ini dah diubah suai kekasarannya kerana sepatutnya ada perkataan 'bodoh' di dalam ayat di atas hahahaha)

Dia masak maggi itu agak lama dan sehingga kembang, kemudian dia masukkan tauge ke dalam maggie tersebut. Walaupun maggi tersebut kembang akibat dimasak terlalu lama tetapi kuahnya tetap ada.Dia masukkan kesemua maggi itu di dalam sebuah bekas plastik besar warna biru (yang biasanya digunakan oleh orang-orang Kedah untuk menghidangkan pulut)

maggi kembang tauge itu SANGAT SEDAP HINGGA MENJILAT KAKI. Aku tidak pasti samada aku lapar, atau maggi keluaran dahulu memang lebih sedap dari maggi yang ada sekarang ini (ini disebabkan ramai pendapat mengatakan maggi tidak sesedap dahulu). Maggi itu pedas sehingga berair hidung. Aku masih ingat aku, Adli dan Haji Baim makan sehingga tidak tinggal sedikit sisa langsung di dalam bekas plastik tersebut. Sambil makan, Haji Baim berceloteh tentang itu dan ini, yang diselang selikan dengan ayat-ayat membanggakan dirinya di atas kesedapan maggi yang sedap itu. Antara ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sewaktu makan itu yang aku masih ingat adalah:

" Mak kau pun tak boleh masak maggi sedap macam ni..."

Hahaha...Akibat kegemarannya terhadap makan dan makanan, Haji Baim memang seorang yang sangat sukar untuk berpantang dan ini secara tidak langsung menjejaskan kesihatannya.

Antara makanan kegemarannya adalah gulai ikan masak asam iaitu sejenis gulai jernih yang seakan gulai singgang tetapi perbezaannya adalah gulai masak asam ini dicampur dengan sedikit serbuk kunyit untuk menjadikannya kekuningan dan asam keping serta serai lebih dominan berbanding lengkuas yang terdapat di dalam gulai singgang kelantan.

Menurut Hajah Zawiyah, gulai tersebut adalah antara makanan kegemarannya yang sering dipintanya di akhir-akhir hayatnya. Dia akan makan gulai tersebut sambil menghirup kuahnya. Pada bulan 7 tahun 1999, Haji Baim atau nama sebenarnya haji Ibrahim Bin Ahmad Sanusi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya. Dia merupakan datuk di sebelah ayah aku.

Walaupun hubungan aku dan datuk aku ini menjadi sangat renggang apabila aku meningkat remaja (ini mungkin kerana layanannya yang kurang mesra terhadap aku) dia adalah salah seorang ikon yang mencetuskan minat aku untuk ke dapur.

Roti aiskrim yang diperkenalkannya kepada aku masih lagi menjadi favourite aku. Sambal Banchang dan Maggi Kari buatannya akan terus aku ingati sampai bila-bila. Sehingga ke hari aku masih lagi mencuba untuk menghasilkan maggi kari sesedap itu tetapi tidak berhasil.

Aku tamatkan entri ini dengan Fatihah untuk ruhnya.




*Bangunan kedai bundle datuk aku ini masih ada di Pekan Parit. Ianya kini sudah menjadi sebuah klinik iaitu Klinik Jamal. Berhadapan kedai buku RS Adam.

**Pada masa kanak-kanak. Longgokan jeans ini aku lihat seperti sebuah bukit kecil kerana aku dan adik-beradikku boleh memanjat longgokan jeans ini yang aku anggarkan setinggi 8 hingga 9 kaki.


Tuesday, August 17, 2010

Jurnal makanan hari ini...

Nasi kukus ayam kampung goreng berempah. Tidak tersangka aku dapat menikmati nasi kukus ayam goreng berempah yang sedap di hadapan flat rumah aku. Di jual oleh seorang makcik bersama anak gadis suntinya yang tidak mahu ketinggalan mencari rezeki lebih di bulan puasa ini. Nasi kukusnya sangat marvellous. Nasi yang gebu dan lemak. Mungkin disebabkan cara masak yang sempurna atau penggunaan beras yang berkualiti tinggi. Ayam goreng berempahnya juga sangat marvellous. Rangup dan garing di laur tetapi berjuicy di dalam. Memang sangat sedap.

Nasi kukus ini disertakan dengan sambal belacan yang super pedas dan gulai rempah 'krutub' kalau aku tidak silap. Makan sewaktu nasi masih panas-panas. Memang 'syorga'....

Malam makan berupa mee segera Ruski yang terkenl dengan tagline 'Inilah Nikmat,Inilah Hikmat' berperisa ayam. Bungkusan mee segera ini bermotifkan bulan dan bintang dan sangat kental pengaruh islamiknya. Mungkin strategi pemasaran syarikat Ruski ini yang mensasarkan pengguna muslim.

Mee segera ini dimasak kosong dengan ditambah sebiji telur. Walaupun kosong aku bersetuju dengan tagline syarikat tersebut. Memang Nikmat dan Hikmat sehingga aku boleh balun dua bungkus mee.

p/s- Nasi kukus yang marvellous itu agak mahal,nasi dan ayam goreng berempah (the whole durmstick and tigh) berharga RM7.50.

Mee Ruski ayam boleh dikatakan sedap tetapi sekrianya kurang air ianya rasa agak masin.

Makan,Minum aku dan Family 2.

Sudah menjadi satu kebiasaan aku dan keluarga aku bersembang, bergurau, bertengkar, berdebat, bergosip atau mendengar leteran (dari ayah aku) sewaktu makan. Waktu makan adalah waktu yang paling meriah. Tiada konsep 'masa makan jangan bercakap' dalam keluarga aku bahkan masa makan inilah masa yang paling banyak kami bercakap diantara satu sama lain.

Cuma ada satu peraturan. Jangan berebut makanan. Ini adalah pantang Encik Bahar. Pinggan boleh terbang sekiranya aku atau adik beradikku yang lain bergaduh sewaktu makan.

Contoh makanan yang akan menjadi rebutan adalah peha ayam. Peha ayam hanya ada dua, untuk menyelesaikan masalah berebut ini biasanya puan Hadibah akan memotong peha tersebut kepada dua bahagian kecil. Dan ini menjadikan bahagian peha itu ada empat. Kesemua adik beradik aku akan dapat merasa bahagian peha ini.

Bahagian dada hanyalah untuk encik Bahar. Dan ianya tidak menjadi masalah memandangkan encik Bahar tidak begitu menggemari ayam.

Monday, August 16, 2010

MEE HAILAM

http://www.j2kfm.com:kredit gambar



Masakan mee yang paling aku gemari adalah mee hailam. Namun aku tidak akan memesan mee hailam di kedai sebarangan. Mee Hailam yang sebenar-benarnya mee hailam bagi aku adalah yang menggunakan mee kasar/tebal atau dipanggil Dai Lok Meen dan dimasak dengan menggunakan darjah suhu kepanasan yang tinggi dengan api yang kuat( dapur gas biasa di rumah tidak akan berjaya untuk memasak mee ini dengan sempurna) bersama campuran pelbagai kombinasi kicap pekat dan cair,sos tiram dan bawang putih serta hirisan daging atau ayam .Kuahnya harus pekat dan lekat dan disertakan bersama sos cili takar.

Antara Mee Hailam yang terpaling sedap dan lazat di semesta ini adalah di Pekan Parit. Inilah mee hailam pertama dan akan selamanya menjadi yang terbaik bagi aku. Orang parit panggil kedai mee Hailam ini mee syamuk.

Di sini aku mahu berkongsi cerita mengenai mee hailam yang istimewa ini. Gerai mee hailam ini pada awalnya adalah terletak di tepi tebing sungai Perak dan terletak betul-betul di tengah-tengah Pekan Parit. Pekan Parit adalah salah sebuah pekan yang paling terkenal di Daerah Perak Tengah kerana pada zaman dahulu ianya adalah sebuah pekan yang penting kerana terletak di pertengahan dua pusat pemerintahan kerajaan Perak lama iaitu Brahman Indera (Bota ) dan Kuala Kangsar. Tapi sekarang ini pekan Parit sudah menjadi pekan koboi. Aku membesar dan bersekolah di pekan ini.

Aku diperkenalkan dengan mee ini oleh ayah aku yang sememangnya seorang yang advencer bila masuk bab-bab makan ini. Kenapa aku kaitkan perkataan advencer disini? Ini kerana, ayah aku suka mencuba sesuatu makanan yang baru, dia juga suka melakukan food hunting (dia boleh bawak kereta berpuluh kilometer semata-mata untuk makan makanan yang mahu dimakannya) dan boleh makan makanan di restoran atau kedai yang tukang masaknya bukan terdiri daripada orang melayu (baca:islam).Sewaktu ramai yang mengaitkan gerai mee hailam itu dengan daging babi, ayah aku mengambil pendekatan mudah,

'jangan menghalalkan sesuatu yang haram, dan jangan haramkan sesuatu yang halal'

Ini kerana rata-rata mereka yang mengatakan mee hailam itu ada babi sebanrnya tidak nampak dengan mata kepala mereka sendiri pun. Ianya hanyalah bersandarkan khabar-khabar angin dan prejudis stereotaip orang melayu yang sering mengaitkan cina dengan babi...

Sebuat je pasal masakan cina tidak lain dan tidak bukan yang ada di dalam kepala otak diaorang adalah babi...babi...babi... itulah je lah yang diaorang tahu.maca cina tu tak makan benda lain selain babi.

Kalau ada babi sekalipun aku tidak tahu celah mana datangya daging babi itu. gerai mee hailam tersebut tidak menjual makanan lain selain mee hailam dan bihun hailam. Daging yang digunakan adalah daging beku import yang halal (ini aku lihat sendiri sewaktu salah seorang amoi pekerja mengeluarkan daging dari peti sejuk beku di gerai tersebut) dan ayam pula diambil dari pakcik melayu yang meniaga ayam di pasar Parit tersebut.

Bila dah tiada bukti daging babi secara fizikal dan tampak dengar pula desas desusu yang mengatakan mee hailam itu dicampur pula dengan minyak babi. nampak tak? Orang melayu kita ini memang kreatif bila bab-bab fitnah begini.

Kita tinggalkan bab kontroversi babi tersebut, berbalik kembali ke mee hailam tersebut. Ianya pertama kali diperkenalkan kepada aku oleh ayah aku. Kemudian bila aku dah besar sikit, dah pandai naik basikal dan beli sendiri mee tersebut memang hampir seminggu sekali aku pergi ke kedai tersebut.

Mee itu sangat sedap dimakan bersama cili api potong. Dan disebabkan itu juga usus buntu aku dipotong keluar sewaktu aku di darjah enam. Ini adalah kerana terlalu banyak sangat biji cili api yang tersangkut di usus aku (apendiks), aku hanya makan cili api sewaktu aku makan mee hailam dan aku mengaitkannya dengan kehilangan usus aku tersebut.

Tetapi itu tidak langsung membuatkan aku fobia dengan mee hailam ini malahan ianya menjadikan aku lebih selesa makan mee hailam tersebut kerana aku tidak perlu risau akan apendiks lagi sebab ianya dah tiada. Aku boleh makan mee hailam dengan cili potong segila mungkin.

Lagi satu yang tidak boleh aku lupakan emngenai mee hailam ini adalah aku terpaksa beratur dan menunggu lama untuk berjaya memperolehi sepinggan mee hailam ini. Ini kerana kedai mee hailam ini yang asal adalah sangat kecil dan hanya ada kira-kira 8 buah meja namun popularitinya mengundang pelanggan yang ramai ini menjadikan aku dan pelanggan lain terpaksa beratur menunggu giliran untuk duduk di meja. Pada masa inilah kadangkala berlaku pergaduhan berebut meja. Orang-orang tua pula akan gunakan alasan 'hormati orang tua' untuk potong Q dengan anggapan budak-budak takde perut nak makan walaupun budak-budak tersebut dah tunggu punyalah lama.

Ini mengingatkan aku pada satu peristiwa dimana berlaku kiran-kira 7 tahun yang lepas dimana aku dan adik aku ingin makan mee hailam tersebut dan kami hampir-hampir bergaduh dengan seorang orang tua yang membawa keluarganya makan (anak-anaknya pun dah besar,semua dah sekolah menengah) yang potong Q walaupun aku sudah hampir 40 minit menunggu. Hormati orang tua satu hal yang lain tetapi untuk mengalah terhadap hak sivik aku sebagai pelanggan yang terlebih dahulu datang kepad seorang tua yang berusia awal 40 yang masih gagah dan kerek adalah satu hal yang lain. Ini adalah penindasan goloangan tua terhadap goloangan muda. Ini memang mengundang kemarahan dan resistansi...Kami bertengkar berebutan meja kerana aku dan adik aku tidak mahu mengalah dan berganjak dari meja tersebut. Yang kelakarnya, ianya berlaku pada hari pertama hari raya.

Ini kerana pada hari raya ramai roang-orang Parit dari jauh akan mengubat kerinduan dan kegianan mereka terhadap mee hailam ini. Hari raya kali ini juga mungkin akan sama. Ramai orang yang sanggup menunggu dan berpeluh semata-mata untuk sepinggan mee hailam ini.

Ini kerana mee hailam ini sangat sedap dan sempurna sebagai mee hailam. Kuahnya yang hitam dan pekat bersama kegebuan dan kelemakan mee tebal sangat sukar dilupakan. Sayuran yang berupa daun dan batang sawi yang sudah sebati dengan kuah sangat lembut dan lazat. Hirisan ayam dan dagingnya memperkayakan lagi rasa mee hailam tersebut ke peringkat angkasa. Secara peribadi aku lebih sukakan mee hailam daging kerana kuahnya akan menjadi lebih pekat.Ianya sangat-sangat sedap apabila terdapat sedikit curahan cuka makan.


Gerai mee hailam ini masih lagi di Parit walaupun lokasi gerainya sudah bertukar. Dan aku akan pastikan hari raya ini aku tidak akan terlepas untuk menikmati mee hailam ini.




Saturday, August 14, 2010

Makan, Minum , Aku dan Family 1...catatan pendek.


Bapak aku seorang yang sangat Provokatif. Dan sikap provokatif itu paling ketara ketika waktu makan. Undang-undang kecil keluarga aku adalah pada waktu makan kesemua ahli keluarga yang ada ketika itu wajib duduk makan bersama. Masa makan inilah aku dan keluarga aku akan berbual diantara satu sama lain.Bapak aku yang terkenal dengan sikap provokatifnya akan mengeluarkan isu-isu yang akan diperdebatkan (betelagah lebih sesuai) oleh setiap ahli anggota keluarga.

Kebiasaannya pemikiran bapak aku yang sentiasa kontradik (sesuai dengan sikap provokatifnya) akan digunakan untuk memperovok aku dan adik-beradik aku yang lain. Dalam suasana makan begini kadangkala sesuatu isu akan menjadi hangat namun emosi harus dikawal kerana sikap provok bapak aku kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu menangis apabila tidak mampu menepis kesakitan hati dari kata-katanya yang sememangnya berniat untuk mengusik perasaan.

Aku adalah antara mangsa favourite untuk dipasung sewaktu makan. Aku yang sedikit emosional memang mangsa yang sangat seronok untuk didera secara emosi begitu. Namun, bila dingatkan kembali suasana hingar bingar ketika waktu makan begini dengan suara bapak aku yang sedang meng'downkan aku dan adik beradik aku yang lain (yang kekuatan disiblenya kadangkala boleh didengar oleh jiran-jiran sebelah) adalah sesuatu yang sangat meriah dan mesra, aku rasa itulah cara kemesraan yang cuba ditunjukkannya kepada anak-anaknya.

Ini juga mengajar aku untuk menjadi lebih cool terhadap provokatif dan suasana makan yang sebegini secara tidak langsung merapatkan hubungan kekeluargaan aku.

Dibesarkan di dalam suasana begini, manakan tidak aku juga menjadi seorang yang juga sangat sarkastik dan provokatof...

Friday, August 13, 2010

bazar ramdhan prequel.

Hari ini buat kali pertama sepanjang Ramadhan ini aku menjejak kaki ke Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah aku iaitu di Subang Perdana. Seperti biasa, manusia-manusia yang kehausan dan kelaparan merayap memenuhi jalan-jalan di sepanjang deretan gerai makanan dan minuman di Bazaar tersebut. Bau ayam percik dari jauh sudah dapat aku hidu...

Biasanya untuk menyelamatkan diri dari terlebih berbelanja, aku akan membekalkan duit sebanyak mana yang aku boleh belanja...misalnya aku buat bajeting yang aku hanya boleh belanjakan RM 10, oleh itu aku akan bawa ngam-ngam rm10 dalam poket aku. Cara ini dapat mengelakkan aku dari mendengar kata-kata perut aku dari akal aku...

Biasanya aku akan pusing dahulu satu round, ini adalah untuk memberikan peluang kepada diri aku membezakan harga makanan dan kuantiti makanan yang diberikan oleh peniaga bazar ramadhan. Harus diingat bahawa peniaga bazar ramadhan ini terdiri daripada peniaga makanan yang amatur, oleh itu,risiko kerugian kepada pihak pengguna baik dari nilai duit dan kualiti masakan memang sangat besar.

Ini kerana kuantiti makanan yang mereka berikan adalah ikut sedap kepala mereka sahaja. Kuantiti belitong di dalam sebungkus gulai lemak adalah berbeza dari satu kedai ke satu kedai. Kalau peniaga jenis kedekut tahap haji bakhil... dan nak untung gila babi supaya dapat pakai tudung Siti Nurhaliza hari raya nanti... akan berikan kita kuantiti yang sangat menyakitkan hati. Tapi ada juga peniaga yang terlalu baik hati tahap ahli syurga yang bagi kuantiti terlebih-lebih pula. Oleh itu, kena pandailah membuat pilihan...

Biasanya dalam memilih makanan aku akan melihat kualiti dan kuantiti. Tapi macamana nak tengok kualiti makanan, bukannya boleh rasa ke apa...oleh itu aku percaya kepada intuisi dan gerak hati serta rupa luaran makanan tersebut. Presentation tu penting pada masa-masa begini...

Bila aku habis membuat satu pusingan, hampir 90 peratus makanan yang dijual oleh peniaga di Subang Perdana di bawah tahap piawai aku. Entah apa benda ke entah yang diaorang masak dan jual... membunuh binatang betul....Ikan bakar hangus rentung dengan rupa sambal yang menyakitkan mata memandang. Begitu juga dengan ayam bakar atau percik yang sekali pandang sudah tahu tak sedap. Nasi Kerabu ntah apa-apa (Indonesia yang masak pulak tu).Lauk pauk pun tidak menarik. Sayur apatah lagi.

Kuih muih yang dihidang juga nampak sangat amatur pembuatannya. Puding jagung aku berani bertaruh rasanya akan ada yang tidak kena. Begitu juga dengan karamel. Nampak sedap tapi tak sedap.

Dalam membuat pilihan-pilihan yang ketat itu aku akhirnya membeli gulai lemak belitong cili api,gulai kawah daging kambing,air tebu dan sayur bendi goreng. Nasi masak sendiri kat rumah. Gulai lemak belitong sangat sedap. Aku tidak salah memilih. Gulai lemak tersebut nampak well done dengan muka makcik yang masak itu pun nampak pro . Cuma kuantitinya agak sedikit. RM2 untuk seorang makan. Cukup-cukup seorang makan. Rasa lemak dan pedasnya memang ngam. Belitongnya pun tidak kotor.

Gulai kawah kambing yang aku beli sangat menyentap hati kerana kemahalannya.Tapi harganya seiring dengan kualitinya. Pak cik berkopiah putih yang berasal dari Kelantan yang menjual dan memasak gulai kawah tersebut memang pro. Gerai tersebut hanya menjual gulai kawah iaitu daging lembu, ayam dan kambing. RM 5 untuk 2 orang makan. Sedap cuma tak boleh makan banyak. Muak.

Sayur bendi goreng teluryang aku beli luarannya nampak sedap.Tetapi tempatnya adalah di dalam tong sampah. Aku terasa seperti sayur itu sudah tidak elok, kalau bukan dari lebihan jualan semalam, mungkin mak cik indonesia yang jual tu masak awal pagi dan masa tengah panas-panas tu dia dah tutup dalam bekas plastik besar yang dia hidangkan itu. Masuk je mulut aku luah balik. 'Pukimak' sungguh. Burn RM2 begitu sahaja.

Air tebu pula sangat marvellous. Tak tipu dengan tambah air.

Aku berpuas hati dengan makanan yang aku beli kecuali bendi laknat itu. Bajet ngam2 Rm10.

Thursday, August 12, 2010

Tempoyak Patin Anarki...

Hari ini sebaik sahaja aku balik dari kelas Prof Razak Mohaideen aku terus singgah pasaraya SEGI. Pasaraya SEGI ini lebih kurang seperti pasaraya ECONSAVE. Pasaraya yang penuh bangladesh ini menjual barangan makanan mentah basah seperti ikan, daging dan ayam dengan harga yang agak berpatutan dan lebih murah dari kedai runcit biasa.

Sememangnya pasaraya ini menjadi 'pot' aku untuk membeli barangan keperluan dapur. Aku sebenarnya dalam proses berjimat tahap gaban sekarang ini. Duit PTPTN dah lama hangus bila aku beli laptop baru semester ini, oleh itu mahu tidak mahu, terpaksa berjimat cermat supaya tidak terpaksa menghadap megi di hujung bulan (walaupun aku memang suka gila babi dengan megi ni...macam dah ketagih) .

Aku masuk dengan niat untuk mencari ayam. Ayam sudah menjadi bahan mentah yang murah kerana seekor ayam seberat 2KG (harga dalam RM12++) boleh menampung keperluan lauk untuk makanan aku sebanyak untuk empat kali makan (2 hari) dan itu biasanya untuk hidangan 2 orang. Oleh itu, kalau dalam keadaan nak berjimat, ayam memang menjadi sumber protin utama aku.

Tetapi sewaktu aku sedang syok-syok membelek ayam yang 'gebu' dan 'togel' di depan mata bersama beberapa gadis urban yang memakai hotpants yang hampir-hampir sahaja mendedahkan tembam bontot mereka, aku terpandang di bahagian ikan terdapat longgokan ikan patin yang segar. Dan ini memang jarang dapat ditemui di pasaraya ini. Biasanya patin yang ada dah hampir berlubang biji mata. Aku terus tinggalkan bahagian ayam dan ayam-ayam urban berhotpants tadi untuk terus ke bahagian ikan. Memang betul, ikan patin itu memang masih segar bugar. Aku tanpa berfikir panjang terus mengambil seekor dan meminta seorang bangladesh yang sangat hodoh rupanya menyiang ikan tersebut untuk aku. Harganya, memang sangat ok. RM3.60.

Ok, Untuk berbuka ini - terus aku mendapat ilham Patin Masak Tempoyak!

Balik kerumah aku buka peti ais dan mengeluarkan sebungkus kecil tempoyak yang aku beli di pasar malam Isnin lepas (ini stok tempoyak untuk aku makan dengan ulam). Sebungkus kecil ini harganya dalam rm1.50 dan kuantiti tempoyak yang terkandung di dalamnya adalah sebanyak 5 sudu besar.

Aku menggunakan kesemua tempoyak tersebut, iaitu kira-kira dalam 5 sudu dan kemudiannya aku gaul bersama ikan patin tersebut di dalam periuk. Tidak lupa juga 4 tangkai cili merah dan 3 biji bawang merah yang dah ditumbuk. Aku gaul semuanya di dalam periuk dan perapkan sebentar supaya tempoyak itu meresap ke dalam isi ikan dan sekaligus membuang hanyir ikan tersebut. Aku perap kira-kira 30 minit (sambil-sambil itu aku siapkan menu sampingan sotong masak pedas, ini untuk kawan aku yang tak makan tempoyak.)

Kemudian aku campurkan semangkuk (aku tak tahu macamana nak bagitau saiz mangkuk aku) tapi aku bajet ngam-ngam air dengan tempoyak supaya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masukkan 2 batang serai dan serbuk kunyit. Gula dan garam secukup rasa dan.....Biarkan masak selama mana yang aku agak ianya dah masak. Untuk gulai ini aku add on timun dan sedikit daun kunyit.

SIAP!!!!!!!!

Tak mencabar sangat sebenarnya gulai tempoyak ini. hasil gulai yang aku masak tadi aku boleh bagi A- kepada diri aku sendiri sebab ianya tak cukup syarat iaitu takde tauge kasar (puas aku cari tauge kasar tak jumpa...koman betul Shah Alam ni). Selain itu, ikan patin yang aku beli itu mungkin ikan yang dibela di lombong yang airnya tidak mengalir oleh itu rasanya tidak sesedap ikan patin liar atau ikan patin yang dibela di sungai dimana airnya mengalir.

Apapun Patin Tempoyak yang aku buat tadi memang marvellous... kawan aku sampai hirup gulai tempoyak tu.

Anggaran harga untuk aku sediakan gulai tempoyak patin anarki ini ada :

ikan patin 800 gm = 3.60
cili merah 4 tangkai = 1.oo (kot...)
cili api 10 tangkai = (berapa kupang je nih)
serbuk kunyit seelok mata memandang ( tak sampai satu sudu kecik pun...) = entah tapi satu peket dalam 60 sen.
timun setengah batang = 80 sen (kira satu bantang seringgit)
bawang 3 biji = (macamana nak kira nih hahahahaha)
daun kunyit = 20 sen (pakai sikit je)

ARGhh.. aku anggarkan dalam RM8 lah kesemua bahan ni...boleh makan untuk 4 orang makan, tapi kalau selera macam buaya..2 orang sangat-sangat ok...

Siapa nak tiru resipi ni ambil...siapa tak nak, abaikan....apepun bagi aku tempoyak aku memang besttttt....

p/s- siapa nak puji masakan aku kalau bukan aku sendiri. Kan? Kah kah kah...



Wednesday, August 11, 2010

Puasa menjadikan enzim liur lebih kecur....

Selamat Berpuasa bagi mereka yang berpuasa.

Dah kembali ke bulan Ramadhan. Ibadah puasa mewajibkan kita (yang beragama Islam) supaya menahan lapar dan dahaga serta perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa...

Ironinya bulan ini sebenarnya kita lebih ber'emosi terhadap makanan. Masa inilah selera makan mencanak naik ke peringkat jalan syurga tidak terbatas... haha. Aku lah tu, sebenarnya aku kutuk diri aku sendiri...haha...

Pilihan makanan bagi aku di bulan-bulan puasa ni sebenarnya adalah pilihan makanan yang sangat sentimental. Aku budak kampung yang sekarang ni berpindah habitat ke kawasan urban. Bila puasa-puasa macam ni memang mudahlah ber'sentimental.

Aku akan cari makanan yang aku makan di kampung, yang sangat hampir dengan masakan mak aku, atau masakan opah aku.

Pecal, tempoyak patin, ikan keli sambal, gulai lemak nangka, gulai taucu, paru goreng, ikan pekasam,maman, dan senarainya yang bertemakan 'kekampungan' berterusan.

Di bulan puasa ini perut aku akan menolak sebarang makanan Selatan Thai sewaktu berbuka. Begitu juga dengan makanan-makanan restoran segera. Apatah lagi makanan restoran mapley.

Oleh, itu akan cuba masak sendiri semua makanan aku. Masak selagi aku boleh masak.


Tuesday, August 3, 2010

Nasi Ayam

Nasi Ayam adalah satu makanan yang sentiasa menjadi pilihan aku apabila aku terpaksa makan di luar apaah lagi sekiranya aku sedang gila berkejar masa atau selera makanan aku mula menolak makanan yang berempah (kari etc)...

Aku pilih nasi ayam kerana ianya tidak leceh, tidak perlu menunggu lama untuk disediakan, dan memenuhi semua kriteria yang aku mahukan dalam sajian makanan aku. Ada nasi, lauk (ayam),cili (sos...aku tak boleh makan kalau tiada elemen pedas), dan sayur (salad,timun,tomato).

Kali ini aku mahu berkongsi pendapat aku mengenai nasi ayam. Bagi aku, nasi ayam terbahagi kepada dua...iaitu nasi ayam melayu dan nasi ayam chinese style. Aku tiada masalah dengan kedua-dua style ini asalkan ianya memenuhi kriteria aku iaitu:

1. Ayam haruslah tidak terlalu garing atau kering. Ayam yang dimasak walaupun kelihatan garing diluar (kulitnya) tetapi dagingnya harus juicy. Sila refer pada ayam masak roasted dari Chicken Rice Shop untuk memahami maksud aku. Dari pemerhatian aku, nasi ayam melayu biasanya mempunyai masalah ini. Ayam digoreng garing. Lepas tu ayam itu disangkut dan bila ianya sejuk, ayam itu kering...worst ok...Tak percaya tengok bahagian peha ayam yang disangkut di kebanyakan gerai melayu. Pehanya akan nampak tulang kerana terlalu garing dan kering. Come on...kesian ayam tu mati sia-sia....

Secara peribadi cara masak ayam yang paling best bagi aku adalah secara steam atau braised...paling mudah nak tahu kenapa aku cakap macam tu sila pesan di chicken rice shop. Bandingkan dengan ayam mati kering yang disangkut di kebanyakan gerai orang melayu. cara BBQ pun ok. Asalkan dagingnya still juicy. Tidak kering dan sejuk.

2. Sup. Ini lagi satu hal... kebanyakan nasi ayam melayu yang aku lihat mengabaikan elemen penting nasi ayam ini. Sup hanyalah sekadar rebusan super duper kuantiti ajinomoto yang direbus bersama kulit/lemak ayam atau bahagian ayam yang tidak penting seperti bontot,leher,kaki,tulang. Lepas tu letak daun bawang dan bawang goreng. Aduh.... Lagi malapetaka kalau sup yang dihidangkan sejuk...ini sangat pantang bagi aku. Sup mesti panas. Adakalanya sup yang dihidangkan rasanya tak ubah seperti campuran air garam. Nak tak nak aku terpaksa jual nama chicken rice shop untuk korang rujuk apakah rasanya sup yang ok bagi aku...(aku bukan nak jual chicken rice shop tapi ini sahajalah contoh yang paling mudah)

Tapi ada juga sup nasi ayam melayu yang sedap,cuma jarang nak jumpa sebab rasanya sup ajinomoto ini dah jadi resipi sup nasi ayam melayu ..kot? kot.

3. Nasi. Nasi juga haruslah tidak terlalu kering. Nasi ini buatlah gaya melayu atau cina tetapi yang penting jangan terlalu kering atau tiada rasa. Rasanya berbeza mengikut apa yang dicampur sewaktu nasi tersebut dimasak.

4. Sos dan kicap juga penting. Memang marah gila babi aku kalau sos yang diberi adalah sekadar sos cili jenama MAK PAH BAJET MURAH. Memang dasar kapitalis yang mahu memaksimumkan keuntungan siapa yang jual nasi ayam bagi sos cili murah macam itu.

Itu adalah diantara faktor penentu yang menjadikan nasi ayam sedap atau tidak bagi pendapat aku. Aku tidak mengutuk nasi ayam melayu dan tidak juga mengangkat nasi ayam cina kerana yang tidak sedap tetap tidak sedap. Tukang masak yang menentukan. Cuma kelebihan kepada nasi ayam cina adalah disebabkan nasi ayam ini memang resipi orang cina. Samalah halnya jika gulai tempoyak atau nasi lemak dimasak oleh cina, mesti kebanyakkannya fail dengan selera aku.

Apa yang aku nak tekankan disini adalah effort memasak penjual nasi ayam melayu yang ambil lewa dengan perkara-perkara di atas.

Antara nasi ayam yang sedap yang aku pernah makan adalah, nasi ayam yang dijual di food court Jusco Kinta City. Gerainya terletak di belah hujung sekali belah kiri apabila kita masuk ke food court tersebut. Ada beberapa jenis cara masakan ayam yang ditawarkan dari stim,roasted dan bbq. Harga juga berbeza mengikut bahagian ayam. Peha lebih mahal. Hainanese style.

Nasi ayam di bukit bintang. Ada beberapa side dish yang ditawarkan. Braised egg dan tofu. Serta sayur kailan,sawi,taugeh dan juga kerabu mangga. Hainanese style.

Mana-mana cawangan Chicken Rice Shop. Namun ianya agak mahal. Harga sepinggan set basic RM8.00 tapi rasanya bagi aku boleh dikira ok. Ayam stim,braised dan roasted. Terdapat pelbagai side dish yang mencekik darah.

Nasi ayam di Ikea. Bahagian bawah. Apa yang dihidangkan hampir sama sahaja seperti gerai nasi ayam di atas tetapi sambal bawang putih dan halianya agak lain sedikit. Warnanya kehijauan. Amat sedap bagi aku.

Nasi ayam Junid di Bota Kanan hahahaha. Nasi ayam cara melayu paling aku suka. Sosnya adalah campuran kicap tambah cili api (inilah yang best). Ayamnya juga tidaklah terlalu gersang. Cuma supnya fail.

nasi ayam yang dijual oleh mak cik kantin sekolah menengah aku di Iskandar Shah School, Parit Perak. Ini sebab nasi dia sedap. Dan murah kot. Haha...

Walaupun aku suka makan nasi ayam tetapi aku jarang masak nasi ayam. Leceh. Dan aku fail untuk memasak nasinya. Selalunya tak jadi sedap. Tapi nanti aku akan masak. Minggu hujung minggu ini. Check it out.


Monday, August 2, 2010

Sizling fiery mouth watering - Sizling ayam masak kicap.

Ini eksperimen aku untuk mencapai tahap kepuasan ayam sos kicap sizling mengikut selera tekak aku. Asasnya resipi ini adalah resipi ayam halia style chinese. Resipi ini berbeza gila dengan rasa ayam kicap style melayu (walaupuan aku suka kedua-dua style ini).

Untuk masakan ini...Aku ubah-ubah ikut selera aku. Kadang kalau aku rasa nak halia aku tambah lebih halia, kalau aku nak pedas aku tambah cili api dan cili kering (yang tak dipotong...campak sahaja setangkai-setangkai), kalau nak rasa black paper aku tambah lada hitam (bukan sos lada hitam, aku akan tumbuk lada hitam campur dalam masakan yang dah sedia berkicap tu...ini Ares's rules,iaitu kurangkan penggunaan asas makanan ready made. Jangan jadi pemalas.)

Perkara yang penting dalam masakan sizling ni bukanlah bahan tapi jenama bahan.

Seperti yang majoriti umat tahu, bahan asas sizling ini adalah sos soya atau dikenali sebagai kicap. Kicap terdiri daripada pelbagai jenama dan bagi aku, yang paling sedap ikut tekak aku untuk buat sizling ni adalah kicap jenama ABC. iaitu Kicap manis buatan Indonesia.(perlu kicap manis bukan kicap masin chor...)

Rasanya akan jadi lain kalau guna kicap ini. bagi aku lebih sedap. Kalau guna kicap kipas udang rasa dia lain. Guna kicap Tamin jadi lain.Kicap Jalen pun lain walaupuan Abon suka kicap Jalen ni sebab dia tak lalu makan kalau takde kicap Jalen. Aku tak suka kicap Jalen ni...

Lagi satu adalah sos tiram Lee Kum Kee. Kalau korang was-was dengan kicap ni korang gunalah sos tiram wak dol ke ape ke...secara personal aku takde masalah was-was dengan kicap ni. Harga dia mahal dari sos tiram lain. tapi price is always goes with quality bak kata mat salleh. Pilihan kedua aku adalah sos tiram LIFE. ini pun ok...


Rahsia terbesar sizling ni adalah bawang putih...cincang bawang putih banyak sikit, bawang merah sikit j pun takpe... tak jadi hal...pun cincang...jangan hiris besar-besar.

Goreng ayam dulu, dah garing masuk benda alah lain seperti biasa. Kalau nak black pepper tambah la black pepper, kalau nak halia tambah halia (halia muda lagi better), campak beberapa tangkai cili kering,cendawan shitake...Dan jangan lupa air bancuhan tepung jagung... kalau tak, memang tak pekat...rasa dia pun nanti macam bangang kalau takde tepung jagung ni nanti...

Tamatkan operasi memasak dengan daun bawang...spring onion...

And then daun bawang...

Korang nak botak cepat masukkan lah kiub ayam atau ajinomoto...aku jarang nak guna benda alah ni....takde benda ni pun dah ok aku rasa...

tadaaa...dah siap....kalau nak buat mee sizling pun boleh kalau guna bahan atas ni...perbezaannya adalah kau makan dengan nasi atau dengan mee...

Gambar nanti akan diletak....perlu ke letak gambar? Imajin je hahahahahahhaaha.....

Golai Lomak Cili Api



Gulai Lemak cili api. Ini adalah antara gulai favourite aku. Tapi bukan yang warna putih bodoh yang digulai bersama labu itu. Itu bapak boring punya gulai.... Gulai lemak cili api warna kuning+kunyit is the best.

Apa-apa jenis gulai lemak warna putih (lagi malapetakan kalau ianya cair) tidak akan menarik nafsu makan aku walau digulai bersama benda alah lain seperti cekur manis, labu,soohun,tauhu etc. Aku boleh layan gulai lemak putih ni tapi macam aku cakap tadi lah...aku tak stim nak makan gulai lemak macam tu.

Gulai lemak cili api baik dalam apa juga 'makanan' lawannya adalah terbaik. Baik ikan, baik daging, baik ketam, baik ayam, hatta telur sekali pun. Memang sangat menyelerakan aku. Kombinasi lemak,masin,masam, manis tambah pedas memang sangat kena dengan selera aku. Aku bab-bab makanan berlemak (santan) berkolesterol tinggi seperti ini memang selamanya akan jadi favourite aku (kalau tak dijaga boleh sakit jantung ni!!!). Ini disebabkan gulai lemak macam ini sangat sesuai untuk dimakan dengan ulam-ulaman cicah sambal belacan atau sambal tempoyak. Kadar keserasiannya mengikut tekak aku adalah hampir 100 peratus.

Faktor lain kenapa aku suka masak gulai lemak ini adalah ianya gulai paling senang nak buat bagi aku. Campak-campak je dah siap. Tapi ada beberapa rules yang sentiasa aku follow untuk tidak menjadikan gulai lemak cili api macam haram jadah jadinya.

1. Santan bukan santan paket/santan ready made/santan kotak.santan serbuk dan yang seumpamanya dengannya. Beli kelapa parut dan perah santan. Apa punya pemalas guna santan paket. Selain rasanya tak sesedap santan ori. Ianya semacam satu dosa bagi aku guna santan paket melainkan aku duduk di United Kingdom atau Berlin yang memang payah nak carik nyiur.

2. Kunyit hidup dan daun kunyit. Ini mesti. Guna serbuk kunyit je tak true lah jadinya gulai lemak tu. Begitu juga dengan daun kunyit. (nak best tambah la daun selasih tengok macam mana aroma dia menusuk kalbu.)

3. Gulai lemak ayam, kena masak dulu ayam bersama bumbu. Sampai airnya keluar. Kalau tak....ntah la aku nak cakap...tapi bagi aku tak best....

4. Cili api mesti cili api kampung. Aku guna cara yang ekstreme seperti gigit cili api yang aku nak beli untuk aku tahu kepedasannya. Biar cepat sikit dapat buasir hahahahahahaha...(gunakan jumlah odd untuk dapatkan rasa yang kurang pedas, guna genap untuk pedas...aku tak taulah..ini petua...macam merepek dan saintifik tapi ikutkan aje).

Lepas tu masak lah macam biasa ikut kepakaran masing-masing. Susah sebenarnya gulai lemak nak jadi tak sedap kecualilah memang tangan dah dasar kayu hahaha...

Oh, aku balik pasar borong hari tu aku masak gulai lemak cili api telur ikan tenggiri add on ikan parang. Pergh...cuma ikan parang banyak tulang so agak potong stim la. Bagi yang tak suka telur ikan dinasihatkan jangan bubuh telur ikan dalam gulai lemak sebab rasa gulai lemak akan ada rasa telur ikan tersebut dengan agak kuat. Gulai lemak tersebut aku masak dengan lebihkan asam keping (kalau ada belimbing buluh lagi syurrr) sebab nak potong rasa ntah-tak-tau-aku-nak-cakap pada telur ikan itu. Tapi tekak aku boleh je layan telur ikan ni.

Aku gunakan telur ikan tenggiri yang aku beli 3 kilo sekaligus, kat pasar borong tak boleh beli sikit-sikit. Ambik kau penuh ruang sejuk beku dengan telur ikan.

Komen tentang telur ikan ni, aku rasa telur ikan parang lagi sedap dari telur ikan tenggiri. Telur ikan tenggiri pula lagi sedap dari telur ikan-ikan kos rendah yang lain yang sama pattern dengan dia.

Telur ikan mayung dan spesis ikan berduri ni pula bagi aku lebih berlemak. Tapi rasanya sesuai kalau buat asam pedas je kot...nak bakar pun macam tak kena..aku tak pernah nak try buat bakar atau goreng telur ikan berduri macam ni.

Telur ikan sungai/darat ,yang pernah aku rasa tapi aku tak tau jenis ikan apa..aku agak ikan tongsan kot yang aku pernah makan masa aku kecik bila Mbok yang jaga aku masakkan untuk aku. Telurnya kasar-kasar ...sampai sekarang aku cari tak jumpa. Ahh kenangan betul. Memang best telur ikan tu...aku nak cari orang tua tu kalau orang tua tu ada lagi (ini bukan sebab nak tanya pasal telur ikan, saje je nak jumpa orang tua tu...apa khabar agaknya dia?)

Telur ikan tembakul pulak....Pekan dah makan kasi habis..aku tak sempat nak rasa...bertuah punya Pekan,aku kempunan telur tembakullll.....hahaha

sebelum aku merepek lebih lanjut aku stop...aku ada thesis nak buat ni... ni ropa gulai lemak aku hari tu.... check it out (aiseh tak boleh nak upload gambor...internet problem...nanti lah aku masukkan)




Friday, July 30, 2010

PASAR BORONG SELAYANG/KUALA LUMPUR

Aku tak pernah nak pergi ke Pasar Borong. Mana-mana pasar borong lah...aku rasa bukan aku sahaja yang tak pernah terfikir nak ke pasar borong...ramai umat lain pun sama...yelah apekejadahnya nak ke pasar borong sedangkan pasar biasa pun kalau boleh malas sangat nak pergi kan?

Tapi entah datang gila apa, lepas aku setel kerja buat skrip tiba-tiba datang idea nak pergi pasar borong Selayang. So aku telefon tunang aku yang tengah sedap tidur...dalam mamai dia menjawab, paksa dia ikut aku ke Pasar Borong. Adventure sikit kata aku..Oleh sebab tunang aku sangat mengasihi dan mencintai aku, dia ikutkan sahaja idea gila tunangannya ini. Haha...

Jarak Pasar Borong Kuala Lumpur dengan rumah aku adalah dalam 20 KM lebih...tak lah jauh sangat jika diikutkan. Aku bergerak ke sana dalam pukul 4 pagi. Jalan best dengan tak banyak kenderaan.

Sampai di pasar borong tersebut aku lihat banyak lori beratur nak keluar dan masuk. Alamak rupanya ada tol lah pulak...memang advance pasar borong ni. Sampai sahaja aku dengan Ikha (tunang aku) terbangak-bangak. Ye la 1st time sampai situ, memang tak tahulah mana hujung mana pangkal. Lalu aku yang memang terkenal dengan kepala gamble terus ajak dia terjah masuk pasar borong tersebut. Kami lalu di tempat buah,kemudiannya ke tempat sayur dan terus ke tempat ikan.

Yeay! memang banyaklah makanan laut yang dijual disitu... dalam keadaan yang paling terbaik kesegarannya. Aku rambang mata, dalam masa yang sama nak berjalan pun susah sebab orang sangat ramai dengan yang bawak troli bagai...lantai dia memang berlecak sampai aku pun dah malas nak jaga kaki...redhakan sahaja air masuk dalam crocs ori aku.

masalah disini nak beli barang tak mainlah bawah sekilo....aiseh...tu yang aku terpaksa bawak balik 2 ekor ikan parang, 2 kilo ketam dengan 3 kilo telur ikan...tapi segar-segar chor...memang puas hati! walaupun terlebih bajet dari segi harga tapi kuantiti yang aku dapat memang berlipat kali ganda...ikan parang sekilo dijual dengan harga rm 5 sahaj sekilo....tak ke murah bebenor tu?

Balik tu kena tol lagi isk.. tapi balik dengan tak tangan kosong...nanti aku bagitau apa yang aku buat dengan makan mentah yang aku beli kat situ...check it out...

Mahal atau Murah

Mahal atau murah makanan yang aku makan tak pernah jadi soal. Oh,ok...akan jadi soal kalau kewangan aku berada di paras hidung tapi sekiranya faktor ekonomi itu tidak diambil kira...ianya memang tak menjadi soal. Makan tak payah lah nak berkira sangat...

Soal yang utama adalah 'rasa' makanan tersebut. Kalau mahal tapi tak sedap,rasa cam celaka atau biasa-biasa je rasa dia...tak berbaloi juga. Kriteria utama aku dalam pemilihan makanan adalah 'rasa'...walaupun soal rasa itu subjektif ( ini cerita lainlah) kemudian barulah soal persekitaran makanan itu dimakan...kalau makan di tempat yang tak selesa contoh seperti ada bau bangkai atau bau sampah atau di tempat yang terlalu 'crowded' makanan yang sedap pun jadi tak sedap...Selepas faktor keadaan tempat makan barulah faktor harga...mahal atau murah...ini perlu dilihat dari segi portion makanan tersebut juga sikit atau banyak...berbaloi tak harga tersebut dengan kuantiti dan kualiti makanan tersebut...dan yang terakhir adalah rupa bentuk dan kemasan makana tersebut walaupun yang ini memamg sumpah aku tak ambil pot sangat...dah makan nanti hilang juga rupa bentuk dia...tapi bagi sesetengah orang rupa bentuk dan kemasan ini sangat penting...terpulanglah...

Sunday, July 25, 2010

Asam Pedas Melaka (Ikan Pari) GAGAL


Aku pernah tak ambil pot pada gulai asam pedas ini sebab aku rasa tidak ada istimewanya gulai penuh cili dan masam ini. Ini gulai orang malas bagi aku. Rupa gulai ini terlalu jauh untuk buatkan aku terliur. Gulai ini bukan satu gulai yang aku nanti-nantikan dari mak aku. Kombinasi daun kantan,tomato,daun kesum...what the hell....kadangkala rasa macam laksa.

Tapi segalanya berubah bila pada satu hari aku ikut Wan balik ke kampungya di Melaka. Dia ajak aku makan di sebuah gerai asam pedas. Gerai asam pedas ini terletak di pinggir bandar Melaka. Berdekatan dengan perigi Hang Li Po. Disebabkan dia yang mahu membelanja, aku ok kan sahaja. Makan dengan tidak perlu membayar kadangkala akan menyedapkan masakan yang tidak sedap (ini cerita lain...kedai ni namanya ASAM PEDAS POWER).

Aku tak terlalu teruja dengan asam pedas seperti yang aku katakan tadi. Aku membiarkan Wan untuk memilih ikan yang bakal dimasak untuk asam pedas. Ok disini aku sedikit pelik (masa ni aku agak sakai sebab tak tau ada asam pedas yang ala carte) pada awalnya aku sangkakan gulai asam pedas yang hendak aku makan ini dah ready made, so datang ceduk je...rupa-rupanya boleh siap pilih ikan, lepas tu baru dia masak...oh..boleh macam tu pulak..hahaha sakai sungguh aku ni...

Wan pilih ikan yang paling boring bagi aku...ikan jaket atau ikan cencaru. Aiseh, dah la asam pedas ni gulai yang boring....lauk dia pun boring juga...aku tak tau la Wan nak bajet ke apa, tapi dia pilih ikan jaket...sebab dia bayar...aku tak boleh la nak demand...melampau pulak kalau aku nak mintak ikan merah ke atau ikan bawal haha...

Namun bila gulai boring dan ikan boring tadi dah siap dimasak. Pergh...aku berdosa kerana pandang rendah akan kesedapan gulai ini...yang dimasak di teritori sebenar dia iaitu di Melaka ini...Sedap sangat bohhh...

Gulai asam pedas ni tak macam gulai asam pedas cair, merah cili,masam manis pedas, rasa bunga kantan daun kesum dan tomato yang biasa aku makan. Gulai asam pedas ni extra pedas, kepedasan dia digandakan dengan kehangatan dari lada hitam. Memang berasap telinga.

Makan dengan nasi panas dan sotong goreng. Perghh..aku makan macam orang gila. Ikan jaket tu jadi sedap tak ingat walaupun pada hakikatnya memang aku boring dengan ikan yang satu ini. Tapi awas, gulai asam pedas Melaka perigi Hang Li Po ini kena makan baik-baik...baca bismillah dulu...kalau tersedak..heh...keluar air mata hidung semua...

So, semenjak aku diperkenalkan dengan asam pedas power Melaka tersebut aku dah mula jadikan asam pedas sebagai salah satu da
ri gulai favourite aku.Cuma ada satu masalah, aku tak dapat gulai asam pedas yang sedap seperti yang aku makan di melaka itu. Oleh itu, nak tak nak aku masak sendiri gulai asam pedas aku sendiri.

Tapi masalahnya, aku masak gulai ni tak pernahnya nak jadi. Asyik gagal dan gagal. Telerbih cili, kadangkala terlebih air. Nak jadi pekat dan sedap macam yang aku makan tu memang sangat jauh. kalau setakat asam pedas boring bunga k
antan dengan tomato tu memang celah gigi je aku boleh buat...tapi yang macam Melaka dengan Batu Pahat...isk isk isk....

Ini adalah salah satu gambar asam pedas aku yang gagal. Dapat F. Aku pun rasa nak mengamuk bila makan. Aku dapat resipi dari internet. Katanya resipi ni adalah dari nenek dia,hah...nenek dialah sangat...asam pedas ni ada taruh jintan,daun kari bagai...isk...


Dah berempah sangat rasa dia. Tapi aku rasa aku tak patut salahkan resipi ni seratus peratus.Aku rasa aku dah terlebihkan cili kisar dan portion bawang,kunyit dalam cili kisar tu pun dah tersilap rasanya. Masa masak tu pun aku dah rasa lain macam. Bau dia dah macam bau bom kimia yang FRU lepaskan untuk suraikan demostran.

Memang tak sedap. Tapi takpe aku akan cuba lain kali.

Makan pertama kali

Dah lama ku fikir nak buat satu blog tentang jurnal makan aku dan tempat aku update pelbagai masakan ekperimen aku yang aku masak yang macam haram jadah tapi...tapi bagi sesetengah orang terutamanya bagi tunang aku yang tersayang mengatakan walaupun dekorasi dan rupa luaran makanan yang aku masak macam celaka,buruk,comot dan huduh tanpa hiasan dan kemasan tapi dia kata....

Masakan aku sedap.

Hurm. Aku tak tau betul ke tidak. Tapi tekak aku yang memilih dan sangat cerewet ini pun mengatakan perkara yang serupa. Begitu juga dengan kawan-kawan rumah aku Wan dan Epul. Dia orang kata masakan aku sedap.

Oleh itu aku menjadi semakin riak dan berlagak dengan pujian yang melangit dari mereka. Lalu aku wujudkan blog ini untuk aku update pelbagai eksperimen masakan aku. Dan juga aku rasa perlu ada satu blog yang khas untuk aku buat satu jurnal tentang makanan yang aku makan. Dah lama aku teringin nak buat blog macam ni. Sumpah...dah lama. Tapi baru sekarang aku ada masa.

Aku tak tahu nak tulis apa lagi untuk entri pertama ni. Selamat membaca kot...blah kalau rasa korang takde faedah baca blog ni. ok.