Sunday, July 25, 2010

Asam Pedas Melaka (Ikan Pari) GAGAL


Aku pernah tak ambil pot pada gulai asam pedas ini sebab aku rasa tidak ada istimewanya gulai penuh cili dan masam ini. Ini gulai orang malas bagi aku. Rupa gulai ini terlalu jauh untuk buatkan aku terliur. Gulai ini bukan satu gulai yang aku nanti-nantikan dari mak aku. Kombinasi daun kantan,tomato,daun kesum...what the hell....kadangkala rasa macam laksa.

Tapi segalanya berubah bila pada satu hari aku ikut Wan balik ke kampungya di Melaka. Dia ajak aku makan di sebuah gerai asam pedas. Gerai asam pedas ini terletak di pinggir bandar Melaka. Berdekatan dengan perigi Hang Li Po. Disebabkan dia yang mahu membelanja, aku ok kan sahaja. Makan dengan tidak perlu membayar kadangkala akan menyedapkan masakan yang tidak sedap (ini cerita lain...kedai ni namanya ASAM PEDAS POWER).

Aku tak terlalu teruja dengan asam pedas seperti yang aku katakan tadi. Aku membiarkan Wan untuk memilih ikan yang bakal dimasak untuk asam pedas. Ok disini aku sedikit pelik (masa ni aku agak sakai sebab tak tau ada asam pedas yang ala carte) pada awalnya aku sangkakan gulai asam pedas yang hendak aku makan ini dah ready made, so datang ceduk je...rupa-rupanya boleh siap pilih ikan, lepas tu baru dia masak...oh..boleh macam tu pulak..hahaha sakai sungguh aku ni...

Wan pilih ikan yang paling boring bagi aku...ikan jaket atau ikan cencaru. Aiseh, dah la asam pedas ni gulai yang boring....lauk dia pun boring juga...aku tak tau la Wan nak bajet ke apa, tapi dia pilih ikan jaket...sebab dia bayar...aku tak boleh la nak demand...melampau pulak kalau aku nak mintak ikan merah ke atau ikan bawal haha...

Namun bila gulai boring dan ikan boring tadi dah siap dimasak. Pergh...aku berdosa kerana pandang rendah akan kesedapan gulai ini...yang dimasak di teritori sebenar dia iaitu di Melaka ini...Sedap sangat bohhh...

Gulai asam pedas ni tak macam gulai asam pedas cair, merah cili,masam manis pedas, rasa bunga kantan daun kesum dan tomato yang biasa aku makan. Gulai asam pedas ni extra pedas, kepedasan dia digandakan dengan kehangatan dari lada hitam. Memang berasap telinga.

Makan dengan nasi panas dan sotong goreng. Perghh..aku makan macam orang gila. Ikan jaket tu jadi sedap tak ingat walaupun pada hakikatnya memang aku boring dengan ikan yang satu ini. Tapi awas, gulai asam pedas Melaka perigi Hang Li Po ini kena makan baik-baik...baca bismillah dulu...kalau tersedak..heh...keluar air mata hidung semua...

So, semenjak aku diperkenalkan dengan asam pedas power Melaka tersebut aku dah mula jadikan asam pedas sebagai salah satu da
ri gulai favourite aku.Cuma ada satu masalah, aku tak dapat gulai asam pedas yang sedap seperti yang aku makan di melaka itu. Oleh itu, nak tak nak aku masak sendiri gulai asam pedas aku sendiri.

Tapi masalahnya, aku masak gulai ni tak pernahnya nak jadi. Asyik gagal dan gagal. Telerbih cili, kadangkala terlebih air. Nak jadi pekat dan sedap macam yang aku makan tu memang sangat jauh. kalau setakat asam pedas boring bunga k
antan dengan tomato tu memang celah gigi je aku boleh buat...tapi yang macam Melaka dengan Batu Pahat...isk isk isk....

Ini adalah salah satu gambar asam pedas aku yang gagal. Dapat F. Aku pun rasa nak mengamuk bila makan. Aku dapat resipi dari internet. Katanya resipi ni adalah dari nenek dia,hah...nenek dialah sangat...asam pedas ni ada taruh jintan,daun kari bagai...isk...


Dah berempah sangat rasa dia. Tapi aku rasa aku tak patut salahkan resipi ni seratus peratus.Aku rasa aku dah terlebihkan cili kisar dan portion bawang,kunyit dalam cili kisar tu pun dah tersilap rasanya. Masa masak tu pun aku dah rasa lain macam. Bau dia dah macam bau bom kimia yang FRU lepaskan untuk suraikan demostran.

Memang tak sedap. Tapi takpe aku akan cuba lain kali.

1 comment:

  1. terima kasih krn buat posting tentang kedai kami ASAM PEDAS POWER JLN PUTERI HANG LI POH BUKIT CINA MELAKA,di melaka kami ada 2 gerai asampedaspower,satu di jalan puteri hag li poh,satu lagi di jaln parameswara,banda hilir,melaka.kini kami telah pun membuka satu lagi cawangan baru d KL....RESTORAN ASAMPEDASPOWER JLN PUTERI HANG LI POH,NO 43G JLN SETIAWANGSA 11,TAMAN SETIAWANGSA,K LUMPUR.....BERHADAPAN DGN STESYEN MINYAK PETRONAS,PASARAYA GIANT,PEJABAT POS SETIAWANGSA,
    BERSEBELAHAN DGN BALAI POLIS SETIAWANGSA...kami masih mengekalkan citarasa yg sama,POWER TETAP POWER....datang le yer...T.KASIH

    ReplyDelete