
Masakan mee yang paling aku gemari adalah mee hailam. Namun aku tidak akan memesan mee hailam di kedai sebarangan. Mee Hailam yang sebenar-benarnya mee hailam bagi aku adalah yang menggunakan mee kasar/tebal atau dipanggil Dai Lok Meen dan dimasak dengan menggunakan darjah suhu kepanasan yang tinggi dengan api yang kuat( dapur gas biasa di rumah tidak akan berjaya untuk memasak mee ini dengan sempurna) bersama campuran pelbagai kombinasi kicap pekat dan cair,sos tiram dan bawang putih serta hirisan daging atau ayam .Kuahnya harus pekat dan lekat dan disertakan bersama sos cili takar.
Antara Mee Hailam yang terpaling sedap dan lazat di semesta ini adalah di Pekan Parit. Inilah mee hailam pertama dan akan selamanya menjadi yang terbaik bagi aku. Orang parit panggil kedai mee Hailam ini mee syamuk.
Di sini aku mahu berkongsi cerita mengenai mee hailam yang istimewa ini. Gerai mee hailam ini pada awalnya adalah terletak di tepi tebing sungai Perak dan terletak betul-betul di tengah-tengah Pekan Parit. Pekan Parit adalah salah sebuah pekan yang paling terkenal di Daerah Perak Tengah kerana pada zaman dahulu ianya adalah sebuah pekan yang penting kerana terletak di pertengahan dua pusat pemerintahan kerajaan Perak lama iaitu Brahman Indera (Bota ) dan Kuala Kangsar. Tapi sekarang ini pekan Parit sudah menjadi pekan koboi. Aku membesar dan bersekolah di pekan ini.
Aku diperkenalkan dengan mee ini oleh ayah aku yang sememangnya seorang yang advencer bila masuk bab-bab makan ini. Kenapa aku kaitkan perkataan advencer disini? Ini kerana, ayah aku suka mencuba sesuatu makanan yang baru, dia juga suka melakukan food hunting (dia boleh bawak kereta berpuluh kilometer semata-mata untuk makan makanan yang mahu dimakannya) dan boleh makan makanan di restoran atau kedai yang tukang masaknya bukan terdiri daripada orang melayu (baca:islam).Sewaktu ramai yang mengaitkan gerai mee hailam itu dengan daging babi, ayah aku mengambil pendekatan mudah,
'jangan menghalalkan sesuatu yang haram, dan jangan haramkan sesuatu yang halal'
Ini kerana rata-rata mereka yang mengatakan mee hailam itu ada babi sebanrnya tidak nampak dengan mata kepala mereka sendiri pun. Ianya hanyalah bersandarkan khabar-khabar angin dan prejudis stereotaip orang melayu yang sering mengaitkan cina dengan babi...
Sebuat je pasal masakan cina tidak lain dan tidak bukan yang ada di dalam kepala otak diaorang adalah babi...babi...babi... itulah je lah yang diaorang tahu.maca cina tu tak makan benda lain selain babi.
Kalau ada babi sekalipun aku tidak tahu celah mana datangya daging babi itu. gerai mee hailam tersebut tidak menjual makanan lain selain mee hailam dan bihun hailam. Daging yang digunakan adalah daging beku import yang halal (ini aku lihat sendiri sewaktu salah seorang amoi pekerja mengeluarkan daging dari peti sejuk beku di gerai tersebut) dan ayam pula diambil dari pakcik melayu yang meniaga ayam di pasar Parit tersebut.
Bila dah tiada bukti daging babi secara fizikal dan tampak dengar pula desas desusu yang mengatakan mee hailam itu dicampur pula dengan minyak babi. nampak tak? Orang melayu kita ini memang kreatif bila bab-bab fitnah begini.
Kita tinggalkan bab kontroversi babi tersebut, berbalik kembali ke mee hailam tersebut. Ianya pertama kali diperkenalkan kepada aku oleh ayah aku. Kemudian bila aku dah besar sikit, dah pandai naik basikal dan beli sendiri mee tersebut memang hampir seminggu sekali aku pergi ke kedai tersebut.
Mee itu sangat sedap dimakan bersama cili api potong. Dan disebabkan itu juga usus buntu aku dipotong keluar sewaktu aku di darjah enam. Ini adalah kerana terlalu banyak sangat biji cili api yang tersangkut di usus aku (apendiks), aku hanya makan cili api sewaktu aku makan mee hailam dan aku mengaitkannya dengan kehilangan usus aku tersebut.
Tetapi itu tidak langsung membuatkan aku fobia dengan mee hailam ini malahan ianya menjadikan aku lebih selesa makan mee hailam tersebut kerana aku tidak perlu risau akan apendiks lagi sebab ianya dah tiada. Aku boleh makan mee hailam dengan cili potong segila mungkin.
Lagi satu yang tidak boleh aku lupakan emngenai mee hailam ini adalah aku terpaksa beratur dan menunggu lama untuk berjaya memperolehi sepinggan mee hailam ini. Ini kerana kedai mee hailam ini yang asal adalah sangat kecil dan hanya ada kira-kira 8 buah meja namun popularitinya mengundang pelanggan yang ramai ini menjadikan aku dan pelanggan lain terpaksa beratur menunggu giliran untuk duduk di meja. Pada masa inilah kadangkala berlaku pergaduhan berebut meja. Orang-orang tua pula akan gunakan alasan 'hormati orang tua' untuk potong Q dengan anggapan budak-budak takde perut nak makan walaupun budak-budak tersebut dah tunggu punyalah lama.
Ini mengingatkan aku pada satu peristiwa dimana berlaku kiran-kira 7 tahun yang lepas dimana aku dan adik aku ingin makan mee hailam tersebut dan kami hampir-hampir bergaduh dengan seorang orang tua yang membawa keluarganya makan (anak-anaknya pun dah besar,semua dah sekolah menengah) yang potong Q walaupun aku sudah hampir 40 minit menunggu. Hormati orang tua satu hal yang lain tetapi untuk mengalah terhadap hak sivik aku sebagai pelanggan yang terlebih dahulu datang kepad seorang tua yang berusia awal 40 yang masih gagah dan kerek adalah satu hal yang lain. Ini adalah penindasan goloangan tua terhadap goloangan muda. Ini memang mengundang kemarahan dan resistansi...Kami bertengkar berebutan meja kerana aku dan adik aku tidak mahu mengalah dan berganjak dari meja tersebut. Yang kelakarnya, ianya berlaku pada hari pertama hari raya.
Ini kerana pada hari raya ramai roang-orang Parit dari jauh akan mengubat kerinduan dan kegianan mereka terhadap mee hailam ini. Hari raya kali ini juga mungkin akan sama. Ramai orang yang sanggup menunggu dan berpeluh semata-mata untuk sepinggan mee hailam ini.
Ini kerana mee hailam ini sangat sedap dan sempurna sebagai mee hailam. Kuahnya yang hitam dan pekat bersama kegebuan dan kelemakan mee tebal sangat sukar dilupakan. Sayuran yang berupa daun dan batang sawi yang sudah sebati dengan kuah sangat lembut dan lazat. Hirisan ayam dan dagingnya memperkayakan lagi rasa mee hailam tersebut ke peringkat angkasa. Secara peribadi aku lebih sukakan mee hailam daging kerana kuahnya akan menjadi lebih pekat.Ianya sangat-sangat sedap apabila terdapat sedikit curahan cuka makan.
Gerai mee hailam ini masih lagi di Parit walaupun lokasi gerainya sudah bertukar. Dan aku akan pastikan hari raya ini aku tidak akan terlepas untuk menikmati mee hailam ini.
dah lama x makan.. last makan masa zaman sekolah kira2 15 tahun dahulu.. klu x de member vokay yg bawak mmg x pernah rasa lah... tp mmg betul lah orang melayu slalu cakap tak halal mee tu.. waulahualam..
ReplyDeletenak makan balik parit k
ReplyDeleteKat mana lokasi baru, dah lama xcari xtahu la. Tambah lg skrg xduduk kat perak, lg xreti nk cari.. Bg la info, bro.. Aku dah lama kemaruk nk mkn nie.. Xkn jumpa yg sama kt tempat lain, hampir tiap negrri kt Malaysia nie aku dh try.
ReplyDeleteSekarang gerainya di Medan Selera Pekan Parit.Namun dah ade Restoran Mee Hailam Muslim di Kg Tengah kira 1 km dari Pekan Parit..
ReplyDeleteAku tidak yakin halalnya mee hailam tersebut untuk dimakan jika tiada surat dari Jabatan Agama Islam mengesahkan mee hailam tersebut halal untuk orang Islam...
ReplyDeleteMee Hailam diparit dah kurang ummph.. Malah kadang2 tak sedap mcm dulu. Cuba pekena di pasir pinji/pengkalan branch lain tokey yang sama. Kat pasir pinji ni taste dia tak lari sejak 25 tahun yg lalu. Sapa geng makan tepi tebing sungai.. Lbh pakar menilai rasa.
ReplyDeleteSkrg orang melayu kita pun dah jual mee hailam ni, mee hailam d'perak. Cuba la.
ReplyDelete