
Entah kenapa 3 hari berturut-turut ni aku melenjan steak. 3 hari dengan 3 kedai dengan 3 harga yang berbeza. Malam pertama aku dengan 'Y' duk melenjan T-Bone steak di sebuah restoran yang menyediakan masakan Western di Seksyen 13, Shah Alam.
Restoran ini terletak di deretan restoran dan kedai di Laman Seri, lokasi restoran betul-betul terletak di tengah-tengah. Ianya sebuah restoran kelas pertengahan yang menawarkan harga yang amat murah aku kira untuk sepinggan T-Bone steak.
Dan kualiti semestinya seiringan dengan harga...betul?
Steak T-bone ini dimasak well done tanpa memberikan kesempatan aku selaku si pemakan steak membuat keputusan cara masak bagaimana yang aku mahukan. Waitress yang mengambil pesanan tidak terlatih dan tidak tahu menahu langsung tentang steak dan bentuk steak dan cara steak dimasak... pendek kata dia 'zero' pengetahuan tentang pekerjaan yang sedang dilakukannya.
Ok, maafkanlah si waitress yang mungkin lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan lalu diminta oleh tauke merangkap ibu saudaranya membantu di restoran tersebut.
Steak itu dimasak well done, aku benci well done, ianya seperti sedang 'intercourse' tanpa body fluid. Kasar,kering dan tidak mengghairahkan.
Tetapi brown saucenya walaupun dicurahkan kepada daging tanpa kerelaan aku, agak sedap. Ianya sauce yang humble,tak bercita-cita tinggi, tapi sedap. Mujur.
Restoran ini bagi aku akan menjadi kegemaran aku untuk menikmati steak sekiranya aku sedang tidak berduit, sangat mampu bayar, suasana hiasan dalaman restorannya yang ala kedai koboi agak kelakar tapi sekurang-kurangnya dapat difahami dengan lantang si tauke bertempik, ini "restoran Western aku... nak makan datang, tak nak makan ramai lagi orang yang nak makan".
*
Hari kedua di sebuah restoran steak di Bangsar. Restoran ini bukanlah sebuah restoran untuk 'borjuis' sangat pun...tapi kebanyakkan yang datang untuk menikmati steak di restoran ini bukanlah Melayu.
Aku pinta Rib-Eye dan 'Y' minta Sirloin.
Kedua kami minta 'medium'.
Dan steak yang dihidangkan 'marvelous'. Apa yang sedang bermain di fikiran aku direalisasikan di depan mata. Rib-eye potongan yang sememangnya kurang sihat tetapi menawarkan lebih rasa dan perasa, kombinasi daging dan lemak yang mengecurkan liur sehingga sekarang. Sahabat baik 'kolesterol' dan 'sakit jantung'. Disertakan dengan kentang lecek bawang putih dan potongan jagung serta kacang pea dan brokoli.
Ianya seperti seorang gadis 'burlesque' yang sedang terlantar di atas katil dengan senyuman yang sungguh menggemparkan hati.
Dan hidangan tersebut harus dinikmati perlahan-lahan tanpa perlu tergesa-gesa. Nikmati setiap inci potongan daging ber'juicy'tersebut secara perlahan-lahan. Damn. Seksi. (aku maksudkan steak bukan bukan gadis burlesque ok.)
'Y' aku lihat senang menikmati daging potongan kurang lemak sirloin yang sememangnya menjadi kegemarannya.
Untuk steakhouse ini, akan aku ulangi lagi ke sini sekiranya ada duit 'tersepak' lagi. :)
*
Hari ketiga, 'steak' dipesan di sebuah bar yang bercantuman dengan sebuah restoran Itali. Ianya 'Sirloin' namun kali ini medium rare.
Kombinasi dua cara masak yang akan menawarkan dua kejutan iaitu samada suka atau tidak suka. Dalam menikmati masakan, 'adventurous' itu kan slogan?
Steak ini tanpa sauce. Ianya menawarkan rasa mediteranian, berbeza, ibarat Don Juan yang egois,maskulin,dimakan dengan dentuman muzik R&B dan House. Suasana yang rebellious ini menjadikan steak medium rare ini sangat menyelerakan.
3 hari 3 steak. Ok, dah kena bajet bulan ni. Hahahhahaha.