Sunday, May 8, 2011

HELL'S CHICKEN - Ayam Inferno.

Hari ini aku duduk rumah tanpa ada aktiviti yang berfaedah nak dibuat, ( padahal skrip banyak nak mampus nak disiapkan...cuma takde mood nak menulis keh keh keh). Nak buat aktiviti luar pulak panas. So duduk la rumah layan facebook sampai mata naik kering.

Tiba-tiba perut lapar. Baru sedar tengah hari tadi duk pelahap megi tom yam koboi je. So,malam ni ingat nak mengketedarah beriya la sikit. Dalam kepala otak duk fikir nak makan western, tapi tak tau nak beli lamb ke, steak ke atau ayam ke. Malas nak fikir panjang aku decide ape yang aku nak beli bila sampai SEGI nanti.

So, aku capai baju pagoda aku, terus ke pasaraya SEGI kat rumah aku. Cari Lamb takde, cari steak takde, nyudahnya ada ayam je...ayam pun ayam le, aku beli dua ketul whole legs. Ingatkan nak tambah lamb tapi memandangkan lamb takde aku beli la udang barang 20 ekor.

Untuk benda-benda hijau aku beli brokoli dengan kacang buncis. Then beli la sebotol bbq sauce, butter, dan tak lupa kentang nak buat kentang hentaman kemarahan (baca : lenyek).

inilah lebih kurang barang2 yang aku.





rebus ubi kentang. gila lah dengan kulit2 dia.. keh keh keh...aku malas nak siat kulit pakai pisau. dah rebus nanti baru senang sikit nak siat kulit dia tu... salah eh cara aku buat ni? peduli ape aku kah kah kah,.... aku yang nak telan.


Perap ayam lebih kurang, bbq sauce, 5 spices, sos tiram, lada hitam, garam dam sedikit madu... perap sesuka hati aku...tak ingat berapa lama.



tadaa...(aku skip cara-cara aku buat sebab internet PUK1MAx gampang ni slow tahap siput babi...dan aku bet korang tak nak tengok cara penyediaan masakan aku keh keh keh)...

Layan gambar ayam inferno/ Hell's Chicken ini sewaktu dia masih hensem...








Angle ni pulak untuk menunjukkan kehijauan dan kekolesterolan (udang)..







Yummeh... rumah bujang takde pisau, so pakai garfu je...ceh payah, nyudahnya aku melantak pakai tangan lagi puas hati.





Selepas segalanya selamat.... grrrrr......





Dan ini benda yang paling malas.... lepas aku masak je, dapur aku akan jadi seperti INI!!! ni kalau Kesihatan datang check dapur aku dapat gred F ni... kah kah kah...






Aku tak ingat berapa anggaran kos masakan ni, rasanya yang paling mahal sos bbq tu je kot...dalam 8 ringgit something...yang lain dalam rm20+++... (mahal gak eh?... harga barang dah naik dol, gaji je tak naik-naik...)

orait, jumpa lagi.

Selamat Hari Ibu untuk Mama aku yang tersayang.

P/s- lepas makan aku tengok Chelsea vs Man Scum. rasa nak muntah balik tengok Chelsea main, tak sampai seminit dah kena gol...apparaaa...

Monday, March 21, 2011

Steak Days.


Entah kenapa 3 hari berturut-turut ni aku melenjan steak. 3 hari dengan 3 kedai dengan 3 harga yang berbeza. Malam pertama aku dengan 'Y' duk melenjan T-Bone steak di sebuah restoran yang menyediakan masakan Western di Seksyen 13, Shah Alam.

Restoran ini terletak di deretan restoran dan kedai di Laman Seri, lokasi restoran betul-betul terletak di tengah-tengah. Ianya sebuah restoran kelas pertengahan yang menawarkan harga yang amat murah aku kira untuk sepinggan T-Bone steak.

Dan kualiti semestinya seiringan dengan harga...betul?

Steak T-bone ini dimasak well done tanpa memberikan kesempatan aku selaku si pemakan steak membuat keputusan cara masak bagaimana yang aku mahukan. Waitress yang mengambil pesanan tidak terlatih dan tidak tahu menahu langsung tentang steak dan bentuk steak dan cara steak dimasak... pendek kata dia 'zero' pengetahuan tentang pekerjaan yang sedang dilakukannya.

Ok, maafkanlah si waitress yang mungkin lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan lalu diminta oleh tauke merangkap ibu saudaranya membantu di restoran tersebut.

Steak itu dimasak well done, aku benci well done, ianya seperti sedang 'intercourse' tanpa body fluid. Kasar,kering dan tidak mengghairahkan.

Tetapi brown saucenya walaupun dicurahkan kepada daging tanpa kerelaan aku, agak sedap. Ianya sauce yang humble,tak bercita-cita tinggi, tapi sedap. Mujur.

Restoran ini bagi aku akan menjadi kegemaran aku untuk menikmati steak sekiranya aku sedang tidak berduit, sangat mampu bayar, suasana hiasan dalaman restorannya yang ala kedai koboi agak kelakar tapi sekurang-kurangnya dapat difahami dengan lantang si tauke bertempik, ini "restoran Western aku... nak makan datang, tak nak makan ramai lagi orang yang nak makan".

*

Hari kedua di sebuah restoran steak di Bangsar. Restoran ini bukanlah sebuah restoran untuk 'borjuis' sangat pun...tapi kebanyakkan yang datang untuk menikmati steak di restoran ini bukanlah Melayu.

Aku pinta Rib-Eye dan 'Y' minta Sirloin.

Kedua kami minta 'medium'.

Dan steak yang dihidangkan 'marvelous'. Apa yang sedang bermain di fikiran aku direalisasikan di depan mata. Rib-eye potongan yang sememangnya kurang sihat tetapi menawarkan lebih rasa dan perasa, kombinasi daging dan lemak yang mengecurkan liur sehingga sekarang. Sahabat baik 'kolesterol' dan 'sakit jantung'. Disertakan dengan kentang lecek bawang putih dan potongan jagung serta kacang pea dan brokoli.

Ianya seperti seorang gadis 'burlesque' yang sedang terlantar di atas katil dengan senyuman yang sungguh menggemparkan hati.

Dan hidangan tersebut harus dinikmati perlahan-lahan tanpa perlu tergesa-gesa. Nikmati setiap inci potongan daging ber'juicy'tersebut secara perlahan-lahan. Damn. Seksi. (aku maksudkan steak bukan bukan gadis burlesque ok.)

'Y' aku lihat senang menikmati daging potongan kurang lemak sirloin yang sememangnya menjadi kegemarannya.

Untuk steakhouse ini, akan aku ulangi lagi ke sini sekiranya ada duit 'tersepak' lagi. :)

*

Hari ketiga, 'steak' dipesan di sebuah bar yang bercantuman dengan sebuah restoran Itali. Ianya 'Sirloin' namun kali ini medium rare.

Kombinasi dua cara masak yang akan menawarkan dua kejutan iaitu samada suka atau tidak suka. Dalam menikmati masakan, 'adventurous' itu kan slogan?

Steak ini tanpa sauce. Ianya menawarkan rasa mediteranian, berbeza, ibarat Don Juan yang egois,maskulin,dimakan dengan dentuman muzik R&B dan House. Suasana yang rebellious ini menjadikan steak medium rare ini sangat menyelerakan.



3 hari 3 steak. Ok, dah kena bajet bulan ni. Hahahhahaha.

Friday, March 18, 2011

Sate di satu petang yang Hujan di Kg Kerinchi.


Hari ni sibuk sangat. Pagi-pagi hari lagi aku dah menghantar 'Y' ke RTM, kemudiannya pergi bawa Angelina a.k.a Myvi Along pergi servis, rabak nak dekat rm200 sebab tukar gear fluid sekali. Huh berpeluh dahi.

Keluar dari pusat servis, aku tengok Angelina comotlah ya amat. Aku berhenti di sebuah kedai cuci kereta untuk mandikan dia dulu. Basuh luar je, kena dalam RM6. Angelina yang kusam seperti seorang hot chicks baru bangun dari parti liar dan masih hang over telah bertukar wajah. Dah berkilat dan bersinar digang bang oleh macha-macha tempat cuci kereta itu tadi, baru lah 'cun' nak bawa meronda.

Kemudiannya balik rumah mandi kejap, bersiap, minum air jarang je, terus ke Bank Islam Shah Alam, untuk membayar yuran kolej yang tertunggak. Melayang lagi RM210. Berpeluh lagi dahi.

Dah terlanjur ke Bank Islam ni, aku terus buat kad bank baru sebab kad bank lama aku dah lama hilang. Tapi ini adalah satu keputusan yang silap, jenuh aku menunggu, orang bukan ramai sangat pun tapi servis Bank Islam ni lembab macam haram J. Aku buat kad Maybank yang gah seantero Malaya tu pun tak selembab ini, dekat 3 jam aku tunggu.

Dah la tak sempat nak kudap pagi tadi, masa makan tengah hari pun kena 'sailang' dengan Bank Islam ni. Kalau kat Jepun ni, aku rasa dah kena buang kerja mamat bank Islam berdua yang lembab ni. Baca paper Kosmo hari ni pun ada artikel pasal pegawai bank kat Jepun yang melutut minta maaf kat pelanggan sebab servis mereka tergendala.

Inilah bezanya sebuah negara maju dengan sebuah negara maju tapi berementaliti dunia ketiga lagi.

Menunggu dalam lapar memang sangat celaka. Sampai giliran aku, terkebil-kebil dua mamat tu kena 'bakar' dengan aku. Padan muka.

Selesai je hal di bank, jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Keluar dari bangunan Bank Islam, hujan turun dengan lebatnya, aku telefon 'Y' , minta dia tunggu aku jemput dia di RTM. Kalau nak biar dia naik komuter, mahu pukul berapa baru dia sampai ke rumah dalam hujan-hujan macam ni.

Aku pun terus memecut dari Shah Alam ke RTM. Pecut sebab sudah pukul 4.30 dan dalam masa 30 minit lagi Lebuh Raya Persekutuan akan bertukar menjadi seperti artileri darah seorang penghidap sakit jantung yang tersumbat dengan kolesterol.

Aku berjaya, melepaskan diri dari kesesakan, Dan sewaktu melalui jalan Kg Kerinchi, aku terbau asap sate dari salah sebuah restoran di tepi jalan Kg Kerinchi yang sesak itu. Kebetulan di Kerinchi hujan dah 'soyat', aku buka tingkap untuk bernikotina, asap dengan garangnya menerjah masuk ke dalam kereta dari dapur sate di tepi jalan. Tengah lapar, bau sate ni memang sangat menarik-narik aku.

Sebaik sahaja 'Y' masuk ke dalam kereta, aku terus ke restoran tersebut.Ianya terletak betul-betul di tepi jalan, tetapi agak ke hujung jalan Kg Kerinchi tersebut. Sebelum selekoh ke RTM. Aku memesan sate ayam 10 cucuk dan sate kambing 10 cucuk. Ayam untuk 'Y' dan kambing untuk aku.

Satenya hurmm..bolehlah, tak la marvelous sangat, aku rasa macam tak cukup 'masa' perap, rasa rempahnya pun agak kurang. Agak kejung,pucat dan tidak bermaya, memberikan rasa kelemauan yang tidak dapat digambarkan. Tapi itu untu sate ayamlah.

Sebaliknya, sate kambing dia, agak sedap. kambing bagi aku memang selamanya lagi sedap dan tak membosankan seperti ayam. 2 ketul kecil daging kambing yang teksturnya sangat lembut dan seketul kecil lemak dicucuk dalam satu lidi. Dibakar tidak terlalu masak, maknanya daging kambing tersebut masih 'juicy' dan tidak terlalu kering sehingga menjadikannya liat.

Selain itu, aku suka atmosfera kedai-kedai tepi jalan di Kampung Kerinchi ini. Wakaupun kelihatan sesak, tetapi ianya menarik bagi aku. Dan mung
kin lebih tepat lagi persekitaran kampung Kerinchi ini adalah berjiwa 'working class'. Sentiasa sibuk dengan rutin 'Rat Race', dan menjadi destinasi bagi masyarakat kelas pekerja dan pertengahan untuk menjamu selera. Suasana ini amat happening bagi aku.

Sate ayam berharga 60 sen secucuk dan sate kambing 90 sen secucuk. Ok lah tu. Sedang sedap makan hujan kembali turun. Basah tapi Layan.